Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang kempen.

Menerusi tinjauan The Malaysia Press (TMP), pengundi, Haslinda Mohamad Baharuddin berkata, dia tidak melihat kerjasama antara Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) sebagai sesuatu yang meyakinkan.

Haslinda berkata, pengundi kini lebih matang dan mampu menilai sendiri maklumat yang diterima sebelum membuat keputusan.

“Memang tak semenggah. Kita pun dah dimaklumkan BN tu macam mana sikap dia. Tambah pula PN yang sekejap sini, sekejap sana. So tak ada point pun. Tapi bila dia orang nak kahwin, biarlah dia orang kahwin. Janji jangan kacau kita.

“Pengundi sekarang dah cerdik, dah celik maya. Walaupun dia orang tak membaca, tapi berdasarkan daripada apa yang disiarkan di media sosial, dia orang boleh menilai mana yang baik dan mana yang tak baik untuk masa depan.

“Sebab mengundi ni melibatkan masa depan, bukannya hidup kita untuk hari mengundi tu sahaja. Itu adalah satu penggal, lima tahun punya perjalanan hidup,” katanya.

Haslinda turut berharap kerajaan negeri sedia ada terus diberi mandat.

“Kita dah selesa dengan Tok Min. Tok Min pun bagus. Tok Min dan pasukan dia sangat bagus. Jadi buat apa kita nak usik-usik lagi?” katanya kepada TMP.

Sementara itu, Bee Hisham berpandangan naratif yang dibawa PN dan BN lebih menjurus kepada usaha meraih kuasa politik berbanding memperjuangkan kepentingan rakyat.

Dia berkata, isu DAP sering dijadikan bahan kempen bagi mempengaruhi persepsi pengundi.

“Perjuangan di antara PN dan BN ini sebenarnya adalah satu retorik saja untuk mencapai kuasa supaya hasrat mereka untuk memerintah Negeri Sembilan ini tercapai.

“Penggunaan DAP adalah salah satu cara, taktik untuk mengaburi orang-orang terutama orang Melayu Islam agar mereka dapat meraih undi,” katanya.

Bagi Mohd Azil pula, dia mempersoalkan naratif penyatuan Melayu yang diketengahkan kerana gabungan itu turut melibatkan parti komponen lain.

“Bagi saya benda tu macam untuk perpaduan tak kena sebab dalam dia pun ada MIC, MCA. Kata penyatuan Melayu, tapi ada juga parti-parti lain, gabungan lain,” katanya.

Pada masa sama, dia mengakui bantuan kerajaan yang diterimanya ketika melanjutkan pengajian banyak membantu meringankan beban.

Mohd Azil berkata, bantuan yang diterima membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap kebajikan rakyat.

“Masa saya pelajar ijazah, saya mohon bantuan. Tak sampai beberapa minggu dah dapat. Alhamdulillah, RM150 setiap bulan tu sedikit sebanyak meringankan beban. Bantuan laptop pun saya tak mohon, tapi dia bagi semua. Benda tu bagus.

“Kerajaan bantu kita, jadi kenapa kita tak balas jasa dia?,” katanya.

Ketiga-tiga responden turut menyeru pengundi Negeri Sembilan, termasuk mereka yang berada di luar negeri, supaya pulang mengundi dan menunaikan tanggungjawab masing-masing bagi menentukan hala tuju negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Related Posts

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, PH akan terus memberi tumpuan kepada usaha meyakinkan pengundi dengan menawarkan kestabilan politik,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil