Program KAWAN JKOM perkukuh penyampaian maklumat kerajaan kepada masyarakat luar bandar

KANOWIT – Program KAWAN anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) terus menjadi medium komunikasi berkesan dalam memperkukuh penyampaian inisiatif dan maklumat kerajaan kepada komuniti setempat. 

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana berkata, program yang menghimpunkan pelbagai agensi itu wajar diteruskan bagi merapatkan hubungan bersama rakyat.

“Program seperti ini bukan sahaja mendekatkan rakyat dengan agensi kerajaan, malah meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai perkhidmatan dan bantuan disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program KAWAN di Pusat NADI Kampung Muhibbah pada Khamis. 

Menurut beliau, inisiatif berkenaan memberi nilai tambah kepada 33 peserta yang hadir menerusi sesi khidmat nasihat dan penerangan secara terus berkaitan perkhidmatan ditawarkan.

Pada masa sama, Anyi turut menzahirkan tahniah kepada pihak JKOM atas komitmen berterusan dalam menyalurkan maklumat tepat serta sahih kepada akar umbi.

“Program edisi kali ini turut disertai oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Jabatan Penerangan Malaysia (JaPEN).

“Ia juga menampilkan perkongsian khas oleh Pengurus Projek Sejati Madani Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Penyulau, Puan Bungan,” ujarnya.

Sehubungan itu, Anyi berharap pelaksanaan Program KAWAN dapat diperluaskan khususnya ke kawasan luar bandar pada masa hadapan.

Tegasnya, pendekatan tersebut membolehkan lebih ramai penduduk desa berpeluang memperoleh manfaat daripada pelbagai dasar serta insentif kesejahteraan anjuran kerajaan.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit