Sebuah lagi kapal milik Petronas akan tiba di Melaka pada Ogos, sudah lepasi Selat Hormuz

PORT DICKSON – Sebuah lagi kapal tangki milik Petronas yang diberi kelulusan melalui Selat Hormuz akan tiba di Melaka, awal Ogos ini.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memaklumkan, perkara itu dikongsi selepas menerima maklumat daripada Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, pagi tadi.

Beliau menyifatkan kejayaan kapal berkenaan tiba di tanah air sebagai kebijaksanaan dasar luar Malaysia, terutama dalam mengekalkan hubungan baik dengan Iran.

“Satu lagi kapal Petronas bertolak dari Yanbu, Arab Saudi, melalui Laut Merah, diberi kelulusan dan akan sampai ke Melaka pada awal Ogos.

“Alhamdulillah. Ini sebabnya dasar luar kita harus bijaksana,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Kenegaraan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (Pusasda), pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, Malaysia sentiasa menjaga hubungan baik dengan negara luar, termasuk Amerika Syarikat (AS) dan negara Teluk, sekali gus membolehkan rundingan dibuat jika sesuatu isu timbul.

“Apabila disekat kapal Petronas beberapa bulan lalu, bila mula perang (antara AS dan Iran), hubungan baik kita menyebabkan mudah saya menelefon Presiden Iran (Masoud Pezeshkian).

“Selepas menyatakan simpati, saya minta beliau melepaskan kapal Petronas. Antara kapal pertama yang dilepaskan melalui Selat Hormuz adalah kapal Petronas yang kini sampai ke Pengerang,” katanya.

Related Posts

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

TINDAKAN Barisan Nasional (BN) meletakkan calon di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang dilihat mencabar kedudukan Wawasan yang memberi isyarat bahawa kerusi Parlimen turut akan dirampas UMNO pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

ISU moral yang membabitkan tangkapan khalwat ke atas pemimpin parti Bersama, Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini bakal menjadi beban kepada kesemua 15 calon parti itu yang bertanding di Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak