JPN Selangor janji tindakan tegas susulan kes pelajar dipukul di Seri Kembangan

PETALING JAYA – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor memberi jaminan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah susulan insiden pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah di Seri Kembangan baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat, JPN Selangor berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan sedang memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi melengkapkan siasatan.

“JPN Selangor tidak berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku atau keganasan yang melibatkan warga pendidikan. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah mengikut peraturan yang berkuat kuasa,” menurut kenyataan itu.

Selain tindakan disiplin, JPN Selangor memaklumkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling turut diberikan kepada murid yang terlibat bagi membantu mereka mengatasi kesan emosi susulan insiden berkenaan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan.

Terdahulu, media melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun dan bapanya didakwa dipukul di hadapan sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seri Kembangan pada 3 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad dilaporkan berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 12.45 tengah hari ketika pelajar terbabit berjalan menuju ke motosikalnya sebelum dipanggil oleh beberapa pelajar lain.

Mangsa didakwa dikepung dan dipukul sehingga mengalami kecederaan pada bibir, lutut serta lebam di beberapa bahagian badan.

Bapa mangsa yang cuba meleraikan pergaduhan itu turut dipukul sehingga terjatuh ke atas jalan dan mengalami kecederaan pada tangan serta kaki.

Susulan kejadian itu, polis menahan beberapa individu bagi membantu siasatan sebelum membawa mereka ke Mahkamah Petaling Jaya untuk permohonan reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit