Pengeluaran minyak sulung PETROS hadiah istimewa Hari Sarawak

SIBU – Selepas lebih 50 tahun, Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) mencipta sejarah apabila berjaya memulakan pengeluaran minyak daratan pertamanya di medan Adong Kechil West (AKW) berhampiran Marudi, pada awal minggu ini.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pengeluaran sulung berkapasiti 800 tong sehari itu disifatkan sebagai hadiah paling istimewa buat seluruh rakyat.

Menurutnya, pencapaian tersebut menjadi penanda aras penting dalam usaha kerajaan negeri memperkukuh pembangunan industri hiliran dan ekonomi.

“Sempena Hari Sarawak yang penuh bermakna ini, saya ingin mengumumkan sebagai hadiah kepada seluruh rakyat Sarawak bahawa PETROS, syarikat minyak dan gas milik kita sendiri, telah memulakan pengeluaran minyak pertamanya.

“Ia bermula pada awal minggu ini di medan AKW berhampiran Marudi dengan kapasiti 800 tong sehari,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat pada Perhimpunan Sambutan Hari Sarawak 2026 di Dataran Tun Tuanku Bujang pada Rabu.

Abang Johari menjelaskan, kejayaan luar biasa itu membuktikan kehebatan serta kemampuan anak Sarawak dalam bidang kejuruteraan dan pengurusan industri minyak dan gas.

Tambahnya, ia secara langsung turut memperkukuh kedudukan negeri tersebut sebagai pemain utama dalam sektor tenaga negara.

Menurut beliau, pencapaian berkenaan selari dengan dasar kerajaan yang menekankan pembangunan sumber asli secara menyeluruh.

“Ia termasuk memproses dan menambah nilai sumber tersebut di dalam negeri bagi mewujudkan lebih banyak industri baharu.

“Langkah ini juga bakal mencipta peluang pekerjaan berkemahiran tinggi serta ruang perniagaan yang luas kepada rakyat,” jelasnya.

Beliau menambah, bermulanya operasi pengeluaran minyak di AKW itu meletakkan Sarawak di landasan yang tepat untuk terus mengembangkan industri hiliran.

Jelasnya, ia amat penting khususnya dalam pengeluaran ammonia dan hidrogen biru yang menjadi antara fokus ekonomi masa depan negeri.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Sebuah SUV terjunam dalam lombong, tiada mangsa ditemukan

IPOH – Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis BMW X5 yang ditemukan terjunam ke dalam sebuah lombong berhampiran Klinik Desa Kampung Sungai Terap, Batu Gajah, malam Rabu, disahkan tidak melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Presiden PRBS mengaku tidak salah guna jawatan libatkan peruntukan RM2 juta

KOTA KINABALU – Presiden Pertubuhan Rungus Bersatu Sabah (PRBS), Makinsos Nawai, 67, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu atas pertuduhan menggunakan jawatannya bagi mendapatkan peruntukan pembinaan Dewan Kebudayaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil