TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) terus memperkukuh reputasinya dalam pengurusan aset apabila dua hartanah ikonik miliknya, Menara TH Tun Razak dan Menara Bank Islam, meraih pengiktirafan berprestij pada The Edge Malaysia Best Managed & Sustainable Property Awards (BMSPA) 2026.

Kejayaan itu mencerminkan komitmen berterusan TH dalam mengurus aset hartanah secara profesional, inovatif dan mampan, selaras dengan amalan tadbir urus terbaik serta usaha meningkatkan nilai jangka panjang kepada lebih 9.8 juta pendeposit.

Pada majlis berkenaan, Menara TH Tun Razak dinobatkan sebagai pemenang kategori Bangunan Pejabat Bukan Strata (Non-Strata Office), manakala Menara Bank Islam memenangi kategori Bangunan Pejabat Milikan Tunggal dalam Pembangunan Strata Bercampur (Single-Owned Office in a Mixed Strata Development).

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, pengiktirafan itu membuktikan keupayaan institusi berkenaan mengurus aset secara profesional, berintegriti dan mampan bagi memastikan setiap aset yang diamanahkan terus menjana pulangan serta manfaat kepada pendeposit.

“Dua pengiktirafan ini bukan sekadar mengiktiraf kecemerlangan pengurusan bangunan, malah mencerminkan komitmen TH dalam memenuhi standard terbaik dalam segala apa yang dilakukan.

“Sebagai institusi yang mengurus amanah umat Islam, setiap aset perlu dipelihara sebaiknya agar terus memberi manfaat kepada para pendeposit, masyarakat dan negara untuk jangka panjang,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, kejayaan itu turut menyerlahkan keupayaan TH menggabungkan pengurusan aset yang matang dengan teknologi moden, pendigitalan serta amalan kelestarian yang memenuhi standard industri.

Menurutnya, Menara TH Tun Razak yang menjadi mercu tanda Kuala Lumpur sejak 1985 terus dipertingkatkan menerusi pelbagai inisiatif termasuk menaik taraf kemudahan bangunan, pelaksanaan sistem parkir tanpa tunai berasaskan pengecaman nombor pendaftaran kenderaan (ANPR), peningkatan aspek keselamatan dan akses, selain perancangan pemasangan sistem solar di bawah Pelan Pengurusan Aset Lima Tahun.

Sementara itu, Menara Bank Islam terus mengekalkan kecemerlangan dalam pengurusan fasiliti menerusi penyelenggaraan proaktif, pemantauan berasaskan keadaan (condition-based monitoring) serta penggunaan sistem pengurusan penyelenggaraan berkomputer i-MANS yang meningkatkan kecekapan operasi dan mempercepatkan masa respons.

Kedua-dua bangunan tersebut diuruskan oleh TH Properties Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh TH, yang berjaya memastikan kebolehpercayaan sistem kritikal bangunan termasuk bekalan air domestik, lif dan sistem pencegahan kebakaran.

Pendekatan itu turut menyumbang kepada pengurangan penggunaan tenaga sebanyak 6.6 peratus berbanding garis asas tenaga yang diselaraskan menerusi pelaksanaan sistem automasi bangunan, pengoptimuman operasi sistem penyaman udara serta penggunaan lampu cekap tenaga.

Abdul Rashid berkata, pencapaian itu mengukuhkan komitmen TH untuk terus memperkasa pengurusan aset berteraskan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) dengan memanfaatkan teknologi serta inovasi bagi memastikan aset strategik kekal berdaya saing dan terus mencipta nilai mampan kepada para pendeposit.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga kerja Kumpulan TH atas dedikasi dan komitmen mereka dalam memastikan aset-aset TH diurus mengikut standard tertinggi sehingga berjaya meraih pengiktirafan di peringkat industri.

Related Posts

Integriti, akauntabiliti dalam tadbir urus institusi agama diperkukuh

PUTRAJAYA – Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bertekad memperkukuh tadbir urus institusi agama berteraskan integriti, akauntabiliti dan kesejahteraan rakyat selaras dengan titah Sultan Nazrin Shah agar negara Islam mengamalkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia bimbang ancaman Houthi tutup Selat Bab el-Mandeb, gesa kebebasan pelayaran dipertahan

KUALA LUMPUR – Malaysia menzahirkan kebimbangan terhadap pengumuman dan ancaman terbaharu oleh kumpulan Houthi yang berpotensi menyekat serta menutup laluan strategik Selat Bab el-Mandeb, antara laluan perkapalan paling penting di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil