Sarawak sasar status hab ekonomi hijau pacu pertumbuhan negara – Abang Johari

SIBU – Sarawak terus memperkukuh agenda pembangunan berteraskan ekonomi hijau, tenaga bersih dan industri bernilai tinggi bagi memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, strategi tersebut bukan sahaja menguntungkan rakyat tempatan, malah mampu meningkatkan daya saing Malaysia di pentas global.

Menurut beliau, tumpuan kini terarah kepada penguasaan teknologi baharu, kecerdasan buatan (AI) serta ekonomi digital sebagai asas pembentukan ekonomi masa depan yang lebih mampan.

“Hasrat kita adalah untuk menjadikan Sarawak sebagai hab ekonomi hijau dan tenaga bersih negara.

“Kita juga mahu membangunkan industri bernilai tinggi yang mampu menyumbang secara signifikan kepada kekuatan ekonomi Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Hari Sarawak dan Konsert Rakyat di Dataran Tun Tuanku Bujang pada Rabu.

Mengulas lanjut, Abang Johari menegaskan bahawa kelangsungan pembangunan yang seimbang antara wilayah akan memperkukuh konsep federalisme yang sebenar.

Jelasnya, menerusi konsep itu, setiap negeri dapat berkembang mengikut kelebihan dan kekuatan masing-masing tanpa peruntukan hanya tertumpu kepada satu-satu kawasan tertentu sahaja.

Beliau menambah, aspirasi untuk menjadikan Sarawak sebagai ‘Bavaria Malaysia’ akan terus dipacu melalui pembangunan ekonomi yang mampan dan pengukuhan modal insan berkemahiran tinggi.

Ia turut disokong oleh pembinaan institusi awam dan swasta yang kukuh, selaras dengan keyakinan bahawa Sarawak bakal muncul sebagai antara ekonomi masa depan paling penting di Asia Tenggara.

Foto: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS)

Related Posts

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

KUALA PERLIS – Lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar ditinggalkan di dalam sebuah sampan selepas dua lelaki dipercayai tekong dan awak-awak terjun ke kawasan berlumpur sebelum melarikan diri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terbabit dalam sebarang usaha untuk menjatuhkan Yang di-Pertuan Besar Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

Helikopter perkhidmatan doktor udara terhempas di Long Lellang, nasib lima mangsa belum diketahui

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen