PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paroi, Ahmad Shahir Mohd Shah berkata, PH akan terus memberi tumpuan kepada usaha meyakinkan pengundi dengan menawarkan kestabilan politik, di samping berpandangan Barisan Nasional (BN) masih mencari formula terbaik untuk memperkukuhkan peluang kemenangannya.

Beliau berkata, sejak sebelum tempoh kempen bermula lagi, beliau membangkitkan persoalan sama ada UMNO benar-benar berada dalam kedudukan yang kuat atau sebaliknya.

“Kalau UMNO benar-benar kuat, berdasarkan sejarah, mereka tidak memerlukan kerjasama dengan mana-mana pihak. Namun, hari ini mereka tidak bertanding di semua 36 kerusi DUN yang dipertandingkan.

“Keadaan itu menimbulkan persoalan mengapa sebuah parti yang pernah begitu dominan tidak lagi bertanding di semua kerusi,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP).

Ahmad Shahir berpandangan, agihan kerusi yang dibuat BN kepada parti komponen serta rakan kerjasama turut menggambarkan tahap keyakinan gabungan itu dalam menghadapi pilihan raya.

Menurutnya, beberapa kerusi termasuk kawasan majoriti Melayu yang lazimnya ditandingi UMNO diserahkan kepada parti lain.

“Pada pandangan saya, keadaan itu menunjukkan mereka sedang mencari formula bagi mengukuhkan peluang kemenangan, termasuk menerusi kerjasama dengan parti lain untuk meraih sokongan pengundi,” katanya.

Mengulas perkembangan kempen di DUN Paroi, Ahmad Shahir yang juga dikenali sebagai Ustaz Shahir berkata, setiap hari membawa cabaran baharu dalam usaha mendekati dan meyakinkan pengundi yang kini lebih terdedah kepada pelbagai sumber maklumat.

“Cabarannya bukan sekadar bertemu rakyat, tetapi membina keyakinan mereka. Hari ini maklumat berada di hujung jari dan pendirian pengundi boleh berubah dari semasa ke semasa.

“Sebab itu pendekatan PH adalah turun padang, mendengar sendiri denyut nadi rakyat dan membina kepercayaan mereka secara bersemuka,” katanya.

Beliau berkata, usaha itu bukan mudah memandangkan DUN Paroi mempunyai kira-kira 65,000 pengundi, namun beliau dan jentera PH akan terus bekerja keras sepanjang tempoh berkempen.

Dalam pada itu, Ahmad Shahir mengingatkan pengundi supaya keluar mengundi pada 1 Ogos ini bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

“Saya menyeru semua pengundi DUN Paroi supaya hadir mengundi lebih awal dengan membawa kad pengenalan dan menunaikan tanggungjawab di pusat mengundi masing-masing.

“Berilah mandat kepada PH untuk meneruskan agenda kestabilan dan pembangunan demi kesejahteraan rakyat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan kali ini, DUN Paroi menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan penyandang daripada Perikatan Nasional (PN), Kamarol Ridzuan Mohd Zin (Pas), calon PH Ahmad Shahir, dan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mohd Faizal Ramli (UMNO).

Related Posts

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

SEREMBAN – Menjelang hari pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, sebahagian pengundi yang ditemui memilih untuk menilai rekod pentadbiran dan kestabilan kerajaan negeri berbanding retorik politik yang dimainkan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

JEMPOL – Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung isu Tabung Haji perlu didedahkan segera kepada umum demi menjunjung prinsip ketelusan, akauntabiliti dan keadilan, selain membolehkan rakyat menilai sendiri dapatan siasatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Pengundi Negeri Sembilan tolak retorik politik, pilih kesinambungan pentadbiran PH

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

Laporan RCI TH perlu didedah segera, rakyat ada hak tahu kebenaran

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

PH tawar kestabilan, BN masih cari formula kemenangan – Ustaz Shahir

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

TH raih dua anugerah berprestij pengurusan hartanah

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

BN tidak pernah berubah, kekal bersama Kerajaan Perpaduan hingga tamat penggal – Ahmad Zahid

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil

Pas gunakan penyatuan Melayu untuk dapatkan kuasa – Faiz Fadzil