Lelaki dicekup curi bateri dan diesel jentera berat

SARATOK – Seorang lelaki tempatan ditahan polis selepas disyaki mencuri dua unit bateri dan kira-kira 100 liter minyak diesel daripada sebuah jentera pengorek di Jalan Temudok Awik, di sini.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek berusia 36 tahun itu diberkas di Lubuk Renit Awik hasil risikan pihak berkuasa.

Menurut beliau, tangkapan tersebut dikendalikan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Saratok yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji.

Jelasnya, kehilangan barangan daripada jentera berat milik sebuah syarikat kontraktor itu disedari oleh pekerja pada 21 Julai lalu.

“Kerugian keseluruhan dianggarkan berjumlah RM1,000. Hasil siasatan awal, suspek mengaku melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi individu yang kini masih bebas.

“Polis turut merampas sebuah bateri, dua tong mengandungi cecair disyaki minyak diesel, serta sebuah corong besi bersama hos yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” katanya menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas lanjut, Mathew memberitahu bahawa hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amfetamin dan metamfetamin.

Tambahnya, semakan mendapati lelaki terbabit turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau yang berkaitan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan manakala operasi bagi mengesan seorang lagi rakan subahat suspek sedang giat dijalankan.

Related Posts

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

LUMUT – Sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selepas disyaki menjalankan aktiviti menangkap ikan kurang daripada satu batu nautika dari pantai, kira-kira 0.1 batu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

KOTA KINABALU – Seorang pendaki warga Croatia yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ketika mendaki Gunung Kinabalu ditemukan masih hidup pada hari kedua operasi mencari dan menyelamat (SAR), Isnin. Menurut laporan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

11 kru Indonesia ditahan, vesel pukat jerut langgar syarat lesen

PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

  • By Aden
  • September 8, 2026
PDRM buka siasatan terhadap Presiden Pas

Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

  • By Ezmie
  • September 8, 2026
Pendaki Croatia hilang di Gunung Kinabalu ditemukan selamat

Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

  • By Fandi
  • September 8, 2026
Borneo Bird Run kembali selepas tujuh tahun, sasar semarak kesedaran alam sekitar

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Pusat Khidmat Parlimen Miri sumbang cermin mata percuma kepada pelajar sekolah

Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Kerajaan Sabah terus perjuangan tuntut 40 peratus hak negeri