AMK: BN-PN kejar kuasa, rakyat jangan jadi mangsa

PETALING JAYA – Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendakwa kerjasama tidak rasmi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lebih menjurus kepada perebutan kuasa politik berbanding membela kepentingan rakyat.

Pengarah Komunikasi AMK Malaysia, Nurhanani Dhamirah Razaleh, berkata keputusan BN untuk bekerjasama dengan PN atas alasan penyatuan bangsa menunjukkan kedua-dua gabungan itu sudah ketandusan idea dan tawaran dasar yang mampu meyakinkan pengundi.

“Setelah gagal mempertikaikan rekod pentadbiran Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Aminuddin Harun atau Tok Min, BN dan PN kini kembali memainkan naratif politik lapuk yang bersifat sempit serta memecahbelahkan masyarakat.

“Hakikatnya, kepimpinan Tok Min telah membuktikan keupayaan mengurus Negeri Sembilan secara stabil, memperkukuh ekonomi negeri dan melaksanakan pelbagai inisiatif yang manfaatnya dapat dirasai secara langsung oleh rakyat,” katanya di Facebook pada Khamis.

Nurhanani turut mendakwa pakatan BN-PN gagal memberikan gambaran jelas mengenai calon Menteri Besar sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri selepas pilihan raya.

Katanya, ketidaktentuan itu berisiko mencetuskan perebutan jawatan dan konflik dalaman yang boleh mengulangi episod ketidakstabilan politik, sekali gus menjejaskan pentadbiran serta kesejahteraan rakyat.

“Negeri Sembilan tidak boleh dijadikan medan percaturan kuasa antara pemimpin yang hanya bersatu demi kepentingan politik. Rakyat memerlukan kerajaan yang stabil, berwibawa serta memberi tumpuan kepada ekonomi, peluang pekerjaan dan kebajikan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sehubungan itu, beliau berkata Kerajaan Negeri pimpinan Aminuddin kekal sebagai pilihan terbaik berdasarkan rekod pentadbiran yang disifatkan terbukti, sambil menyifatkan sokongan kepada Menteri Besar itu sebagai isyarat penolakan rakyat terhadap politik retorik, percaturan kuasa serta tindakan BN yang menurutnya membawa kepada berlakunya PRN Negeri Sembilan.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

  • By Aden
  • September 20, 2026
Pelbagai pengisian, PMK Gopeng disambut meriah

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Arena Petanque Kabong terima ‘suntikan’ RM187,000 nafas baharu komuniti

Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

  • By Ezmie
  • September 20, 2026
Mustapha hormati pendirian Anthony Loke letak jawatan atas prinsip

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Denda Najib: Pas perlu jelaskan ‘keadilan’ yang dipertahankan

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Brighton tewaskan Arsenal, lebur rekod penyandang juara EPL

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM

Program MADANI Kita jambatan penting kerajaan-rakyat – KP JKOM