Pelancongan komuniti, agro pelancongan pedalaman Sabah terus diperkukuh

KOTA KINABALU – Kerajaan Sabah terus memberi tumpuan kepada pembangunan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) dan agro pelancongan di kawasan pedalaman seperti Keningau, Tenom dan Nabawan bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan pendapatan komuniti setempat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KePKAS) Sabah, Datuk Jafri Ariffin berkata, usaha itu dilaksanakan menerusi kerjasama kementerian bersama Lembaga Pelancongan Sabah (STB) dengan memberi fokus kepada pembangunan produk pelancongan yang berpotensi.

“Antara strategi yang dilaksanakan ialah mengenal pasti dan membangunkan produk pelancongan berpotensi.

“Ia melalui peningkatan kemudahan pelancongan, latihan pembangunan kapasiti, pembangunan pakej pelancongan, pemasaran dan promosi, serta bimbingan ke arah pematuhan Standard Pelancongan ASEAN bagi meningkatkan daya saing produk komuniti,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Nik Mohd Nadzri Nik Zawawi (Liawan) pada Mesyuarat Kedua Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah Ke-17, di sini pada Khamis.

Menurut Jafri, STB turut menyokong inisiatif Malaysian Chinese Tourism Association (MCTA) menganjurkan program lawatan suai kenal (Familiarisation Trip) ke Keningau dan Tenom yang berjaya menghasilkan pakej pelancongan baharu berasaskan komuniti dan agro pelancongan.

“Pakej ini kini dipromosikan di platform seperti MATTA Fair dan ITE Hong Kong bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan pedalaman,” katanya.

Tambahnya, STB turut menyokong pelancaran Kabulongou Earth Initiative Nabawan pula, menyokong pelancaran yang menggabungkan pelancongan lestari, agroforestri dan pemuliharaan hutan melalui kerjasama dengan komuniti setempat.

“Inisiatif itu melibatkan kerjasama pengusaha pelancongan swasta dan tiga komuniti setempat untuk memulihkan kawasan hutan seluas 1,000 ekar melalui pendekatan agroforestri, silvikultur dan pelancongan lestari.

“STB juga menyokong Persatuan Pelancongan dan Kebudayaan Keningau menganjurkan Bengkel Pengurusan Keselamatan dan Kecemasan pada Ogos ini bagi meningkatkan kompetensi pengusaha pelancongan serta memperkukuh keyakinan pelancong terhadap produk dan destinasi pelancongan di kawasan berkenaan.

“Melalui inisiatif-inisiatif ini, Kementerian yakin pembangunan pelancongan berasaskan komuniti (CBT) dan agro pelancongan di Keningau, Tenom dan Nabawan akan terus diperkukuh, sekali gus meningkatkan peluang ekonomi dan taraf sosioekonomi komuniti luar bandar secara mampan,” ujarnya.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit