Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik

SEREMBAN – Pedekatan Kerajaan MADANI dalam pengambilan pelajar ke program matrikulasi mengambil kira kecemerlangan akademik serta keperluan golongan kurang berkemampuan bagi memastikan akses pendidikan yang lebih adil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang 10A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), akan diberikan peluang kemasukan secara automatik tanpa mengira kaum.

“Baru-baru ini bangkit isu matrikulasi, saya kata begini sudah puluh tahun cakap tak selesai jadi saya panggil kawan-kawan (barisan jemaah Menteri kita buat keputusan) yang paling pandai 10A bagi automatik (ke matrikulasi).

“Pada masa sama, kuota Bumiputera terus dikekalkan dengan mengambil kira faktor demografi serta keperluan membantu pelajar dari kawasan luar bandar dan pedalaman, termasuk di Sabah dan Sarawak,” kata beliau di sini hari ini.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Jelajah Rakan Muda di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) di Paroi, yang turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menegaskan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan miskin meliputi semua kaum berasaskan keperluan memandangkan ia merupakan tuntutan keadilan.

“Kalau ada orang India miskin atau Cina miskin, kita bantu. Apa ruginya kita berlaku adil kepada semua yang memerlukan,” katanya.

Dalam pada itu, Anwar turut mengulangi seruan untuk rakyat menghayati cogan kata ‘Bersekutu Bertambah Mutu’ yang diperkenalkan ketika negara mencapai kemerdekaan sebagai asas memperkukuh perpaduan dalam masyarakat majmuk.

Beliau berkata, Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj memilih cogan kata itu kerana memahami realiti Malaysia sebagai sebuah negara terdiri daripada pelbagai kaum dan agama, sekali gus menunjukkan perpaduan dan permuafakatan adalah jalan untuk memastikan negara terus aman dan makmur.

Anwar turut mengingatkan generasi muda supaya tidak mudah terpengaruh dengan pihak yang memainkan sentimen perkauman dan agama demi kepentingan politik.

“Saya sudah tua, saya pernah melihat bagaimana isu kaum boleh menggugat keharmonian negara, jangan ulangi kesilapan itu, tiada jalan lain selain kita bersatu dan bermuafakat,” katanya.

Related Posts

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

KUALA LUMPUR – Kajian Suara Wanita 2025/2026 membawa kepada lima hala tuju dasar yang wajar diberi perhatian kerajaan, sektor swasta dan masyarakat sivil, kata Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit