Polis tutup, lencong beberapa jalan lancarkan program Semarak Dakwah

LAHAD DATU – Beberapa laluan utama di daerah ini akan ditutup dan dilencongkan sementara bagi melancarkan Program Semarak Dakwah Peringkat Daerah Lahad Datu yang berlangsung di Masjid Ar-Raudah pada Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, penutupan jalan bermula pukul 5 petang hingga 10.30 malam.

“Penutupan melibatkan Jalan Pantai di hadapan masjid bagi kedua-dua arah, iaitu dari Lampu Isyarat Ramai-Ramai hingga ke Pusingan U Masjid Ar-Raudah.

“Bagi laluan dari Simpang Pasukan Polis Marin (PPM) dan Jalan Singamata Point pula, laluan dibuka di Pusingan ‘U’ dan dilencongkan menuju ke Bulatan Kastam Baru,” katanya dalam kenyataan media, pada Rabu.

Menurut Dzulbaharin, jalan lencongan akan dibuat bagi penduduk di kawasan Singamata Point dan PPM Lahad Datu serta kawasan sekeliling.

Justeru, beliau menasihati pengguna jalan raya agar merancang perjalanan sebaik mungkin dan menggunakan laluan alternatif bagi mengelakkan sebarang kesesakan lalulintas di sepanjang jalan yang ditutup.

“Di samping itu, pihak PDRM juga memohon kerjasama semua pihak agar mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pegawai polis bertugas bagi memastikan kelancaran aliran trafik sepanjang program berlangsung.

“Turut diingatkan semua masyarakat untuk mematuhi segala undang-undang dan tidak melakukan kesalahan-kesalahan yang boleh mengganggu kelancaran semasa program tersebut,” jelasnya.

Related Posts

Wanita maut ketika aktiviti menyelam akibat gelembung gas

KUANTAN – Polis mengesahkan kematian seorang wanita ketika melakukan aktiviti menyelam di perairan Kampung Salang, Pulau Tioman, Rompin pada 19 Julai lalu, berpunca daripada gelembung gas atau udara memasuki saluran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Aktiviti seni medium terbaik satukan masyarakat luar bandar Mukah

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine meluangkan masa menyantuni penduduk setempat pada Program Tanggungjawab Sosial (CSR) Seni Untuk Semua Warna Komuniti sempena Hari Sarawak di Kampung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PH bukan sekadar berjanji, manifesto dilaksanakan demi rakyat – Tok Min

PH bukan sekadar berjanji, manifesto dilaksanakan demi rakyat – Tok Min

Kerajaan MADANI berjaya pulihkan ekonomi, bukti kerjasama politik matang – Mat Sabu

Kerajaan MADANI berjaya pulihkan ekonomi, bukti kerjasama politik matang – Mat Sabu

Harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 35 sen

  • By Aden
  • July 23, 2026
Harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 35 sen

Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik