Harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 35 sen

KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel meningkat antara 20 sen dan 35 sen mulai esok, susulan kesan geopolitik yang memuncak di Asia Barat pada minggu lalu.

Kementerian Kewangan memaklumkan, harga RON97 dan RON95 tanpa subsidi meningkat 20 sen seliter manakala harga diesel yang sama naik 35 sen seliter bagi tempoh hingga 29 Julai depan.

Bagaimanapun, katanya, harga bahan api melalui BUDI MADANI RON95 dan Diesel tidak berubah.

“Sekatan terhadap perkapalan serta pengurangan aliran kapal Selat Homuz telah meningkat kebimbangan gangguan bekalan petroleum global.

“Kenaikan harga minyak mentah turut didorong oleh paras inventori global yang semakin ketat serta ancaman terhadap gangguan penghantaran minyak dari Arab Saudi,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Menurut kenyataan itu, ekoran konflik Asia Barat sepanjang minggu lalu, harga minyak mentah Brent meningkat sebanyak 16 peratus.

“Konflik Asia Barat kembali memuncak selepas gencatan senjata antara Amerika Syarikat dan Iran berakhir,” ujarnya.

Tambahnya, Kerajaan MADANI akan terus mengambil pendekatan berhemah bagi melindungi rakyat daripada turun naik harga, disamping memastikan bekalan bahan api negara kekal mengcukupi dan terjamin.

Related Posts

Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik

SEREMBAN – Pedekatan Kerajaan MADANI dalam pengambilan pelajar ke program matrikulasi mengambil kira kecemerlangan akademik serta keperluan golongan kurang berkemampuan bagi memastikan akses pendidikan yang lebih adil. Perdana Menteri, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar kongsi mesej muafakat, isyarat kukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memberi isyarat memperkukuh hubungan dalam Kerajaan Perpaduan apabila berkongsi gambar bersalaman dengan pemimpin Barisan Nasional (BN), disertakan mesej yang menekankan kepentingan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar yakin prestasi Aminuddin mampu kekalkan mandat PH di Negeri Sembilan

Anwar yakin prestasi Aminuddin mampu kekalkan mandat PH di Negeri Sembilan

PH bukan sekadar berjanji, manifesto dilaksanakan demi rakyat – Tok Min

PH bukan sekadar berjanji, manifesto dilaksanakan demi rakyat – Tok Min

Kerajaan MADANI berjaya pulihkan ekonomi, bukti kerjasama politik matang – Mat Sabu

Kerajaan MADANI berjaya pulihkan ekonomi, bukti kerjasama politik matang – Mat Sabu

Harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 35 sen

  • By Aden
  • July 23, 2026
Harga petrol tanpa subsidi naik 20 sen, diesel 35 sen

Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik

Kemasukan matrikulasi adil, kuota Bumiputera tetap dipertahan walaupun 10A diberi tempat automatik

Polis tutup, lencong beberapa jalan lancarkan program Semarak Dakwah

Polis tutup, lencong beberapa jalan lancarkan program Semarak Dakwah