Tidak wajar isu Orang Asli Sungai Cot jadi bahan politik

KUANTAN – UMNO Pahang berpandangan isu membabitkan masyarakat Orang Asli tidak wajar dipolitikkan atau dimanipulasi bagi meraih perhatian serta keuntungan politik.

Ketua Penerangan UMNO Pahang, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, kebajikan, hak dan masa depan masyarakat Orang Asli adalah perkara yang mesti ditangani secara bertanggungjawab, bukan melalui persepsi, emosi atau maklumat yang tidak lengkap.

Katanya, rekod kerajaan negeri membuktikan bahawa komitmen terhadap masyarakat Orang Asli bukanlah bersifat bermusim, malah dilaksanakan secara konsisten melalui pelbagai dasar dan inisiatif termasuk pewartaan tanah rizab Orang Asli.

“Selain itu pemberian hak milik tanah, pembinaan Rumah Rakyat Pahang Orang Asli, bantuan pendidikan, bantuan kebajikan serta pelaksanaan pelbagai program pembangunan sosioekonomi menerusi Pahang Orang Asli Corporation,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Dalam isu pertikaian tanah yang dikaitkan dengan masyarakat Orang Asli di Kampung Cot, Mukim Luit, Maran, Shahaniza berkata, kerajaan negeri juga tidak pernah menutup ruang perbincangan.

Sebaliknya, katanya, pelbagai siri libat urus diadakan bersama Jabatan Kemajuan Orang Asli, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Pejabat Daerah dan Tanah serta pihak-pihak berkaitan untuk mencari penyelesaian terbaik yang menghormati undang-undang serta menjaga kebajikan individu yang terbabit.

“Sebagai parti yang menjadi tunjang kerajaan negeri, UMNO Pahang menyeru semua pihak agar menghormati proses yang sedang berjalan dan tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengelirukan masyarakat atau membangkitkan sentimen yang boleh menjejaskan keharmonian antara kaum.

“Pada masa sama, UMNO Pahang berharap usaha mencari jalan penyelesaian yang adil akan terus diperkasakan melalui pendekatan musyawarah, ihsan dan semangat muafakat tanpa mengabaikan prinsip kedaulatan undang-undang.

“Kita yakin di bawah kepimpinan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, kerajaan negeri akan terus mengimbangi antara pembangunan, pemeliharaan hak masyarakat Orang Asli serta kepentingan semua pihak secara adil dan bertanggungjawab.

“Marilah kita bersama-sama mengutamakan fakta, menghormati institusi serta memberi ruang kepada agensi-agensi berkaitan menyelesaikan perkara ini secara profesional demi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran Pahang,” katanya.

Isu pertikaian tanah di Kampung Sungai Cot mendapat perhatian selepas tular video seorang wanita Orang Asli bersama anaknya memohon bantuan untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penahanan suaminya yang dikaitkan pertikaian tanah di kawasan berkenaan.

Pertikaian itu dipercayai membabitkan tanah diusahakan penduduk Orang Asli, namun kawasan berkenaan dilaporkan mempunyai hak milik berdaftar atas nama sebuah syarikat.

Susulan pertikaian itu, tiga penduduk Orang Asli dilaporkan ditahan polis bagi membantu siasatan sebelum dibebaskan.

Related Posts

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

SANDAKAN – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi Markas Pemerintahan Armada Timur dengan kerjasama Markas Wilayah Laut 2 (MAWILLA 2) melaksanakan perpindahan dua kapal, KD Ganas dan KD Serang ke…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

SEREMBAN – Semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Negeri Sembilan diarahkan ditutup mulai esok susulan keadaan jerebu yang melanda negeri itu. Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan