Operasi bersepadu tahan 12 kontena ayam sejuk beku di Pelabuhan Sepanggar

SEPANGGAR – Sebanyak 12 kontena ayam sejuk beku yang disyaki dibawa masuk secara tidak sah ke Sabah telah ditahan dalam satu operasi bersepadu di Pelabuhan Sepanggar.

Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, beliau telah meninjau sendiri kontena yang ditahan hasil tindakan Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Sabah dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Siasatan lanjut telah diarahkan kepada DVS Sabah bagi mengenal pasti sebarang pelanggaran berkaitan peraturan veterinar, manakala kes tersebut telah diserahkan kepada JKDM untuk tindakan selanjutnya di bawah Seksyen 128, Seksyen 133(1) dan Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau pada Isnin.

Menurut beliau, kerajaan negeri memandang serius isu kemasukan produk makanan secara tidak sah dan akan memastikan tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang.

“Menjadi tanggungjawab besar kita untuk memastikan bekalan makanan yang tersedia kepada rakyat Sabah adalah terjamin, selain halal dan selamat untuk dimakan.”

“Tindakan penguatkuasaan yang dilaksanakan itu membuktikan komitmen agensi berkaitan dalam membanteras kemasukan produk makanan secara tidak sah ke negeri ini.”

“Tindakan itu mencerminkan komitmen kerajaan negeri bersama agensi penguat kuasa dalam membanteras kemasukan produk makanan secara tidak sah yang boleh menjejaskan keselamatan makanan serta industri ternakan tempatan.” tegasnya.

Tinjauan tersebut turut disertai Timbalan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Datuk Ruslan Muharam; Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Datuk Jumain Abdul Ghani; serta pegawai-pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah.

Related Posts

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

TAWAU – Isu kekurangan pegawai perubatan di Sabah memerlukan penyelesaian menyeluruh dan tidak boleh hanya bergantung kepada penambahan jumlah penempatan di atas kertas, kata Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Andi Muhammad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

SARIKEI – Penduduk di sekitar Sare bakal menikmati tempoh perjalanan yang lebih singkat ke pusat bandar Sarikei menerusi pembinaan laluan alternatif baharu sepanjang 2.7 kilometer yang menghubungkan Jalan Sare dengan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun