OPB 2026: CIDB Tawau gempur tapak bina, gesa kontraktor tingkat pematuhan

TAWAU – Semua pemain industri pembinaan khususnya di daerah ini digesa terus meningkatkan tahap pematuhan terhadap Akta 520 serta undang-undang yang dikuatkuasakan oleh agensi berkaitan di tapak pembinaan.

Pengurus Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) Cawangan Tawau, Hidayah Razali berkata, kesedaran kontraktor untuk melaksanakan pematuhan kendiri amat penting bagi memastikan setiap projek pembinaan dapat dilaksanakan dengan selamat, berkualiti dan mengikut standard industri ditetapkan.

“CIDB juga akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan secara berkala sebagai langkah pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan demi memperkukuh budaya pematuhan dalam industri pembinaan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Operasi Penguatkuasaan Bersepadu (OPB) Antara Agensi 2026 bersama beberapa agensi kerajaan bagi memperkukuh pematuhan undang-undang, keselamatan, kesihatan serta tadbir urus di tapak pembinaan di sebuah tapak pembinaan perumahan di Tawau, pada Selasa.

Operasi itu melibatkan kerjasama Majlis Perbandaran Tawau (MPT), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan penyertaan 37 anggota penguat kuasa.

Menurut Hidayah, sepanjang operasi, CIDB memeriksa satu kontraktor utama, enam subkontraktor serta 98 pekerja melibatkan lapan pekerja tempatan dan 90 pekerja asing.

“Hasil pemeriksaan mendapati kontraktor utama berdaftar dengan CIDB dan levi telah dijelaskan sepenuhnya.

“Bagaimanapun, beberapa notis penguatkuasaan dikeluarkan berkaitan aspek pendaftaran, akreditasi dan latihan personel binaan iaitu Notis N2/2015 kepada dua kontraktor, Notis N10/2015 kepada satu kontraktor dan Notis N9/2015 kepada dua kontraktor,” ujarnya.

Sementara itu, JKKP mengeluarkan notis pembaikan melibatkan kegagalan memakai peralatan perlindungan diri (PPE), aspek keselamatan seperti tepian terbuka tanpa penghadang, penggunaan perancah tidak mematuhi standard serta tahap kebersihan tapak bina yang tidak memuaskan.

“JKNS pula mengesan dua lokasi berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes, manakala MPT mengeluarkan arahan hadir berkaitan pematuhan pejabat tapak bina, isu keselamatan serta pelanggaran undang-undang kecil anti sampah sarap.

“SSM turut mengesan kesalahan di bawah Akta Syarikat 2016 kerana gagal mempamerkan maklumat syarikat di premis perniagaan, manakala PERKESO mengarahkan semakan caruman pekerja selain mengesan sebuah syarikat subkontraktor yang belum berdaftar,” jelasnya.

Related Posts

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

KUALA PERLIS – Bangkai seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy atau lebih dikenali sebagai empesut ditemukan terdampar di Pantai Kurung Tengar, di sini semalam. Mamalia marin seberat kira-kira 120 kilogram dan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya susulan mesej tular mengenai cubaan beberapa bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih