Hayati perjuangan MA63 demi kelangsungan gemilang Bumi Kenyalang

KUCHING – Sambutan Hari Sarawak yang diraikan pada 22 Julai bukan sekadar cuti umum, sebaliknya merupakan simbol kebangkitan perjuangan dalam memartabatkan maruah dan identiti wilayah itu.

Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ia juga menjadi platform penting bagi mendidik generasi muda mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Menurut beliau, sambutan tersebut menegaskan status Sarawak sebagai sebuah wilayah dan rakan sekutu pembentukan Malaysia, bukannya sekadar sebuah negeri biasa.

“Kekuatan Sarawak terletak pada rakyatnya yang berbilang kaum dan komuniti pribumi lain yang bermatlamat untuk kesejahteraan negeri ini.

“Perpaduan kaum dan kestabilan politik adalah tonggak keharmonian yang boleh menjamin pembangunan Sarawak,” katanya menerusi Perutusan Sempena Hari Sarawak 2026.

Menyentuh tema ‘Sarawak Maju Makmur’, beliau menjelaskan kerajaan komited untuk menjadi pelopor agenda kelestarian di rantau ini bagi membuka ruang ekonomi bernilai tinggi dan menaikkan taraf hidup rakyat.

Dalam pada itu, Wan Junaidi turut menyeru generasi muda agar berani meneroka bidang teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI), sains, dan ekonomi hijau.

“Janganlah kita sekadar menjadi pengguna kepada teknologi yang dicipta oleh orang lain, tetapi berusahalah menjadi pencipta, penyelidik, jurutera, usahawan dan pemimpin.

“Itulah asas kepada sebuah Sarawak yang benar-benar maju, berdaya saing dan makmur,” tegas beliau.

Sementara itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kepemimpinan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg atas keberkesanan pelaksanaan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030).

Tambahnya, tumpuan kerajaan akan terus digandakan bagi merapatkan jurang digital dan ekonomi, termasuk memperkasakan infrastruktur luar bandar serta memperkukuh rantaian keterjaminan makanan

Related Posts

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

KUALA PERLIS – Bangkai seekor ikan lumba-lumba Irrawaddy atau lebih dikenali sebagai empesut ditemukan terdampar di Pantai Kurung Tengar, di sini semalam. Mamalia marin seberat kira-kira 120 kilogram dan sepanjang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) Kedah dan Perlis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya susulan mesej tular mengenai cubaan beberapa bot…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Pengalaman misi kemanusiaan jadi bekalan Danish dekati rakyat Chembong

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Kerajaan MADANI salur RM2 juta kepada Institut Pemikiran Al-Qaradawi

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

Bangkai ikan lumba-lumba Irrawaddy terdampar di Pantai Kurung Tengar

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

‘Saya sudah lama bersama masyarakat di Repah’ – Veerapan mohon mandat baharu

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

Manifesto PH seimbang, utamakan kebajikan M40, B40 – Aminuddin

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih

APMM kecewa tular cubaan bot seludup Rohingya walaupun tidak sahih