Tidak mahu Sabah jadi ‘Syurga Scammer’, lulus segera RUU Jenayah Siber langkah tepat

KOTA KINABALU – Senator Datuk Phoong Jin Zhe menegaskan pendirian bahawa Sabah tidak seharusnya menjadi destinasi pelancongan bagi ‘scammer’ antarabangsa sehingga menjejaskan imej negeri.

Beliau berkata, ia susulan peningkatan berkaitan scam dan jenayah siber secara mendadak yang sekali gus menyokong bahawa Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber 2026 ini adalah satu keperluan yang mendesak dan tidak boleh ditangguhkan lagi.

“Kewujudan rangkaian jenayah melibatkan nilai jutaan ringgit bukan sahaja merugikan rakyat Sabah sebagai tuan rumah, tetapi menjadikan mereka turut berisiko menjadi mangsa penipuan yang sama.

“Sindiket ini menjalankan pelbagai modus operanditermasuk pelaburan tidak wujud, pinjaman palsu, ‘love scam’ , penyamaran sebagai penguat kuasa dan perjudian dalam talian menggunakan banglo persendirian dan tempat penginapan pelancongan sebagai pusat operasi mereka, ” katanya membahas RUU Siber 2026 di Dewan Negara, pada Isnin.

Jin Zhe menjelaskan, ada 10 Jun 2026, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jauteh Dikun, mengumumkan hasil Op Pelican iaitu 12 serbuan pusat panggilan sindiket penipuan antarabangsa di lima daerah (Kota Kinabalu, Labuan, Tawau, Sandakan dan Penampang).

“Seramai 341 individu ditahan, majoritinya warga China dengan rampasan bernilai lebih RM1.1 juta termasuk barangan dan wang tunai.

Menurutnya, kebimbangan itu turut disandarkan kepada laporan media asing berkaitan dakwaan Malaysia Timur menjadi ‘Hostspot’ baharu susulan pembanterasan jenayah scam di Kemboja.

“Dalam laporan ini, dinyatakan dengan jelas bahawa Kota Kinabalu dan Semporna di Sabah dikatakan menjadi antara destinasi baharu utama bagi penggiat jenayah scam, dengan anggaran 110,000 hingga 130,000 orang dikatakan telah berpindah ke sana.

“Perlu diingatkan, ini bukan tuduhan tanpa asas. Pesuruhjaya Polis Sabah sendiri, Datuk Jauteh telah mengesahkan bahawa terdapat usaha pihak tertentu untuk menjadikan Sabah sebagai pusat panggilan bagi aktiviti jenayah,” ujarnya.

Ekoran itu, katanya, beliau memohon pihak berkuasa membuat siasatan dan tindakan yang sewajarnya untuk mengesahkan sama ada laporan ini benar atau tidak.

Mengulas lanjut, Phoong berkata, Op Pelican turut mendedahkan beberapa kelemahan struktur yang perlu ditangani bukan sekadar dari segi undang-undang, tetapi dari segi keadilan kepada Sabah sebagai negeri yang menanggung beban sindiket ini.

Beliau turut menyeru kerajaan memperkukuh penguatkuasaan rentas sempadan dengan bekerjasama dengan Interpol serta ASEANAPOL.

“Selain itu melakukan penambahbaikan hukuman, meletakkan perwakilan Sabah dalam jawatankuasa memerangi jenayah siber, pendakwaan tanpa mengira kewarganegaraan dan tindakan pencegahan awal.,” ujarnya.

Beliau berharap jenayah siber semakin kompleks dan rumit dapat dibanteras disamping meneliti cadangan serta isu yang dibangkitkan dari semasa ke semasa.

“Biarlah Sabah terus dikenang sebagai syurga pelancong yang aman dan tulen, bukan sebagai pintu keluar masuk scammer dari seluruh pelusuk dunia.

“Ini demi keselamatan rakyat Sabah, supaya kami dapat hidup aman dan bebas daripada sindiket jenayah siber antarabangsa,” tegasnya.

Related Posts

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

GEORGE TOWN – Keadaan di lima daerah negeri ini dilaporkan terkawal dan tiada kecederaan mangsa dilaporkan susulan beberapa gegaran yang dirasai akibat gempa bumi kuat di Utara Sumatera, Indonesia semalam.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah sokong cadangan naikkan BUDI Diesel 500 liter sebulan

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyokong cadangan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel dibawah inisiatif BUDI kepada 500 liter sebulan, khususnya bagi penerima yang layak…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO

Demi kestabilan politik, PKR tidak akan ‘ceraikan’ UMNO