Keperluan warga emas jadi fokus utama Nor Azman di DUN Sikamat

SEREMBAN – Kebajikan dan keperluan golongan warga emas akan menjadi antara fokus utama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Nor Azman Mohamad.

Nor Azman berkata, penekanan tersebut selepas mendapati isu berkenaan paling banyak disuarakan oleh penduduk pada hari pertama kempennya.

Katanya, hasil turun padang dan ziarah dari rumah ke rumah, maklum balas yang diterima berkaitan warga emas iaitu keperluan dari aspek akses kepada perkhidmatan kesihatan dan kebajikan.

“Walaupun mereka (warga emas) menerima bantuan tetapi terdapat ruang untuk menambah baik penyampaian bantuan mengikut keperluan semasa.

“Saya melihat keperluan warga emas di DUN Sikamat perlu diperhalusi, khususnya berkaitan akses kepada rawatan kesihatan dan bantuan kebajikan supaya mereka tidak tercicir daripada menerima bantuan yang sewajarnya,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press (TMP) pada sesi walkabout di Rumah Rakyat Sikamat 2, di sini, hari ini.

Menurut Nor Azman, berdasarkan pengamatannya ke atas warga emas di sini, kebanyakan mereka mahukan perhatian terhadap aspek kebajikan dan kesihatan warga emas.

Nor Azman berkata, beliau memulakan hari pertama kempen dengan mengunjungi Masjid Ampangan sebelum meneruskan sesi bertemu penduduk di kawasan seterusnya untjk menziarahi rumah ke rumah bagi memperkenalkan diri kepada pengundi.

Katanya, pendekatan itu diambil kerana masih ramai penduduk mengenali penyandang DUN Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun, namun belum mengenalinya sebagai calon yang akan mewakili PH di kawasan berkenaan.

“Saya cuba bertemu seramai mungkin penduduk untuk memperkenalkan diri dan mendengar sendiri keperluan mereka. Pendekatan ini membolehkan saya memahami isu sebenar yang dihadapi masyarakat,” katanya.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 Negeri Sembilan kali ini, DUN Sikamat menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Nor Azman (PH), Datuk Razali Abu Samah yang mewakili Perikatan Nasional (PN) dan Datuk Tun Faisal Ismail Aziz yang bertanding atas tiket Bersatu.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan