Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

SUNGAI PETANI – Empat lelaki termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki, bulan lalu.

Mereka ialah Muhamad Arif Mahidin, 26, dan abangnya, Mohamad Bakri, 37, serta dua lagi rakan mereka iaitu Mohamad Iekram Mohd Zaki, 29, dan Mohd Firdaus Che Mustafa, 36.

Kesemua tertuduh mengangguk faham selepas pertuduhan tersebut dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman, walau bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama membunuh Mohd. Badaruddin Md. Nayan, 30, di kawasan ladang kelapa sawit Kampung Sungai Division, di sini antara pukul 1.30 tengah hari hingga 3 petang, 23 Ogos lalu.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, serta sebatan minimum 12 kali jika tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Hazwani Mohd. Noor tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua tertuduh.

Mahkamah turut dimaklumkan peguam bela, Durratul ‘Ain Mahmud Morshidi yang bertindak sebagai ‘amicus curiae’ (sahabat mahkamah) bahawa terdapat dua tertuduh mempunyai masalah kesihatan.

Mohamad Iekram cedera pada kaki kanan akibat kemalangan, manakala Mohamad Bakri memohon mendapatkan alat bantuan pernafasan kerana masalah asma.

Noor Farah kemudiannya meminta perkara itu dimaklumkan kepada pegawai penjara tempat tertuduh ditahan berikutan pihak penjara mempunyai fasiliti kesihatan di pusat tahanan.

Mahkamah menetapkan 15 November depan untuk sebutan semula kes.

Media pada 26 Ogos lalu melaporkan pergaduhan selepas seorang lelaki disyaki mencuri barangan milik salah seorang suspek dipercayai menjadi punca mangsa dipukul hingga maut.

Mayat mangsa kemudian ditemukan di sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Sungai Division pada 23 Ogos.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit