Guna jawatan di Persekutuan, serang rakan kerajaan ketika PRN, diminta letak jawatan – PM

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas kepada mana-mana menteri, timbalan menteri atau pemegang jawatan dalam agensi kerajaan supaya tidak menggunakan kedudukan mereka di peringkat Persekutuan untuk menyerang rakan dalam Kerajaan Perpaduan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Anwar menegaskan, mana-mana individu yang memilih berbuat demikian perlu bersedia melepaskan jawatan masing-masing kerana tindakan itu melanggar disiplin yang dipersetujui dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

Menurut beliau, pertandingan politik di peringkat negeri dibenarkan dalam sistem demokrasi, namun ia tidak seharusnya menjejaskan kerjasama yang terjalin di peringkat Persekutuan.

“Kalau di peringkat Persekutuan, dia pegang jawatan, kemudian dia bawa serangan dan menjadikan ini medan politik yang parah, dia kena jaga disiplin.

“Kalau dia pilih untuk buat begitu, dia harus undur daripada jawatan sebagai menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Program MADANI Kita di Dewan Komuniti Taman Perpaduan di sini pada Ahad.

Perdana Menteri berkata, peringatan itu telah disampaikan kepada kepimpinan Kerajaan Perpaduan selepas beliau menghubungi kedua-dua Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof, semalam.

Katanya, semua calon yang memegang jawatan dalam Kerajaan Pusat diminta memberi tumpuan kepada isu berkaitan negeri tanpa menjadikan hubungan di peringkat Persekutuan sebagai sasaran kempen politik.

“Kita ingatkan calon-calon, terutama yang pegang jawatan menteri, timbalan menteri atau pemegang mana-mana agensi, mereka boleh bertarung dalam isu-isu negeri.

“Setakat ini, kita minta mereka kawal supaya hubungan kita di Persekutuan kekal baik dan urusan pentadbiran dapat diteruskan dengan lancar.

“Kita tahu parti yang sama di peringkat Persekutuan ada pertandingan di peringkat negeri. Itu tidak menjadi masalah dalam sistem demokrasi, tetapi biarlah pertarungan itu kekal di peringkat negeri,” katanya.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum ini mengesahkan seramai 103 calon bertanding pada PRN Negeri Sembilan bagi merebut 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Related Posts

PMK dibanjiri masyarakat, cerminan sokongan kepada Kerajaan MADANI

AYER KEROH – Lebih 3,000 masyarakat membanjiri Program MADANI Kita (PMK) Bersama Komuniti Ayer Keroh@Hang Tuah Jaya anjuran Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) mempamerkan isyarat bahawa rakyat di Melaka bersama kerajaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
JKOM isytihar ‘perangi’ Waze, mahu rakyat bersama boikot

AYER KEROH – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) mengisytiharkan ‘perang’ terhadap aplikasi navigasi Waze dengan turut menyeru rakyat memboikot penggunaannya secara total, seperti kempen menolak produk Israel yang lain. Ketua Pengarah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

Sri Aman bakal jadi tumpuan 100,000 pengunjung sempena SKS 2026

Operasi dadah Kelantan meningkat, kes menurun

Operasi dadah Kelantan meningkat, kes menurun

‘Track record’ pentadbiran Adly Zahari peluang PH raih sokongan PRN Melaka

‘Track record’ pentadbiran Adly Zahari peluang PH raih sokongan PRN Melaka

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

Representasi gugur pertuduhan bendera terbalik Akmal Saleh ditolak

Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

Mukhlis Mubin lambang pembaharuan politik PH, bawa suara anak muda – Penganalisis

Hina perwatakan Mukhlis Mubin, UMNO jangan mimpi pikat Gen Z

Hina perwatakan Mukhlis Mubin, UMNO jangan mimpi pikat Gen Z