SPRM siasat kerugian RM200 juta KWAP dalam pelaburan eFishery

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung kerugian pelaburan sebanyak RM200 juta yang dialami Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, satu pasukan siasatan khas dari Ibu Pejabat SPRM telah ditubuhkan semalam bagi meneliti secara menyeluruh semua aspek berkaitan kes berkenaan.

“SPRM memberi jaminan bahawa siasatan akan dilaksanakan dengan adil, telus dan saksama berlandaskan peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes tersebut kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan dan menjejaskan integriti proses siasatan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) menerusi jawapan bertulis di Parlimen mengesahkan bahawa KWAP menjadi mangsa penipuan terancang dalam pelaburan berkenaan selepas pihak pengurusan eFishery didakwa memanipulasi laporan kewangan syarikat.

Menurut kementerian itu, konsortium pelabur yang turut dianggotai KWAP telah mengambil beberapa langkah termasuk memulakan tindakan undang-undang, meneruskan usaha mendapatkan semula dana pelaburan, melaksanakan semakan tatakelola dalaman serta memperkukuh mekanisme kawalan bagi melindungi kepentingan pelaburan.

Sebelum ini, media melaporkan eFishery berdepan siasatan susulan dakwaan penyelewengan kewangan, termasuk manipulasi penyata kewangan yang menyebabkan hasil syarikat dilaporkan jauh lebih tinggi berbanding prestasi sebenar.

Laporan DealStreetAsia sebelum ini menyebut KWAP melaburkan kira-kira USD47.7 juta, bersamaan hampir RM200 juta, dalam pusingan pembiayaan Siri D eFishery pada 2023.

Related Posts

TH laksana 76 peratus syor RCI

KUALA LUMPUR – Tabung Haji (TH) sudah melaksanakan 76 peratus daripada syor Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan pengurusan dan operasinya, dengan baki pelaksanaan tertumpu kepada usaha memperkukuh kerangka perundangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada laporan pelajar Malaysia cedera susulan rusuhan di Perancis

KUCHING – Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) belum menerima sebarang laporan mengenai pelajar Malaysia yang mengalami kecederaan susulan pergolakan dan demonstrasi di beberapa kawasan di Perancis. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bot elektrik SEB buka laluan pengangkutan air lebih hijau di Sarawak

Bot elektrik SEB buka laluan pengangkutan air lebih hijau di Sarawak

Lebih 1.249 juta hektar tanah NCR selesai diukur di Sarawak

Lebih 1.249 juta hektar tanah NCR selesai diukur di Sarawak

Empat kerjasama strategik perkukuh pemuliharaan alam sekitar Sarawak – Awang Tengah

Empat kerjasama strategik perkukuh pemuliharaan alam sekitar Sarawak – Awang Tengah

Sindiket pelacuran dalam talian rentas sempadan tumpas, 30 ditahan

Sindiket pelacuran dalam talian rentas sempadan tumpas, 30 ditahan

Sarawak bersedia ambil alih pengurusan buangan terjadual di bawah MA63

Sarawak bersedia ambil alih pengurusan buangan terjadual di bawah MA63

Liverpool bangkit atasi Villareal 4-3

Liverpool bangkit atasi Villareal 4-3