AI tidak boleh gugat integriti, media kekal benteng kebenaran – Anwar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak boleh menghakis nilai integriti, etika dan tanggungjawab yang menjadi asas profesion kewartawanan.

Beliau berkata, dalam era ledakan maklumat tanpa sempadan, kewartawanan yang berpaksikan fakta, disiplin semakan dan pertimbangan yang waras menjadi semakin penting bagi memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat serta boleh dipercayai.

“Teknologi harus dimanfaatkan untuk memperkasa penyampaian maklumat, namun tidak boleh menghakis nilai kemanusiaan, kewarasan pertimbangan serta disiplin semakan yang menjadi asas profesion kewartawanan,” katanya ketika berucap pada Malam Wartawan Malaysia MPI 2026 malam tadi.

Sehubungan itu, beliau menggesa pengamal media terus mempertahankan etika kewartawanan serta berani menggalas amanah sebagai penyampai maklumat yang benar demi kepentingan rakyat dan masa depan negara.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga media atas komitmen mereka menyampaikan maklumat yang sahih dan bermanfaat kepada masyarakat.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Sinar Harian atas kejayaan merangkul Anugerah Kajai, anugerah kewartawanan tertinggi negara, sekali gus menyifatkan pengiktirafan itu sebagai penghormatan terhadap kecemerlangan dan dedikasi dalam dunia kewartawanan.

Anwar berharap pengamal media akan terus menjadi suara kebenaran serta memainkan peranan sebagai rakan strategik dalam membina masyarakat yang berilmu, kritis dan demokratik.

Related Posts

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

ARAU – Kementerian Pertahanan akan menjalankan kajian bagi menambah baik bayaran insentif kepada Pegawai Kadet Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) sebagai usaha meningkatkan daya tarikan penyertaan mahasiswa dalam pasukan berkenaan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

ARAU – Dunia pertahanan kini memerlukan kepakaran baharu termasuk dalam bidang kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin, sains data dan keselamatan siber bagi menghadapi perubahan bentuk peperangan moden. Menteri Pertahanan, Mohamed…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak