Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

MENUMBOK – Kerajaan meluluskan pemberian kuota diesel bersubsidi sebanyak 300 liter sebulan menerusi kad armada kepada syarikat kecil dan kontraktor tempatan bagi mengurangkan beban kos operasi susulan pelaksanaan penyasaran subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, kemudahan itu diberikan kepada kenderaan diesel yang didaftarkan atas nama syarikat milikan tunggal atau perkongsian di seluruh negara yang digunakan bagi tujuan perniagaan.

Menurut beliau, langkah intervensi itu telah mendapat kelulusan Jemaah Menteri selepas mengambil kira kesukaran dihadapi pengusaha mikro yang tidak layak memohon bantuan sebelum ini kerana kenderaan mereka didaftarkan atas nama syarikat.

“Syarikat kecil ini tidak termasuk dalam dua sektor di bawah Skim Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS), iaitu pengangkutan awam dan pengangkutan barangan atau keperluan pengguna. Mereka menggunakan kenderaan diesel bagi menjalankan perniagaan kecil masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Projek Kampung Angkat MADANI di Kampung Sekalong, di sini, pada Sabtu.

Mengulas pelaksanaan subsidi diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan yang bermula 1 Julai lalu, Armizan berkata Kerajaan Persekutuan sentiasa bersedia menambah baik mekanisme sedia ada berdasarkan tiga pertimbangan utama.

“Bagi memastikan pelaksanaan subsidi lebih berkesan di kawasan pedalaman Sabah dan Sarawak, agensi di peringkat negeri akan digerakkan bagi membantu proses pendaftaran dan pengesahan kumpulan sasar supaya tiada pihak yang layak tercicir daripada menerima manfaat,” katanya.

Related Posts

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

ALOR SETAR – Bekalan Baja Padi 3 dilaporkan telah tiba di kawasan pesawah padi Kedah hari ini, kurang daripada 10 hari selepas isu bekalan tersebut mendapat perhatian kerajaan. Menurut kenyataan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

UMNO perlu berani membersihkan namanya daripada sebarang persoalan yang timbul susulan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Tabung Haji sekiranya benar-benar mahu mendapatkan mandat baharu daripada rakyat pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Legasi kafe Secangkir labuh tirai petang tadi

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Baja Padi 3 tiba ke pesawah Kedah dalam tempoh kurang 10 hari

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Mahu mandat baharu? Bersihkan dahulu persoalan lama – Mahfuz

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

Lelaki tempatan ditahan positif dua jenis dadah

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

JPN Sarawak arah penutupan 647 sekolah akibat bacaan jerebu kritikal

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak

Siasatan terperinci wajar dilaksana susulan isu kenaikan bil elektrik secara mendadak