Gelombang merah penyokong PH banjiri Wisma MBS sempena penamaan calon

SEREMBAN – Ratusan penyokong Pakatan Harapan (PH) berhimpun dan berpanas sejak awal pagi di hadapan Wisma Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Forest Heights, di sini hari ini, bagi memberikan sokongan kepada calon-calon gabungan itu yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Penyokong yang mengenakan baju merah serta membawa bendera parti mula memenuhi pekarangan pusat penamaan calon seawal jam 7 pagi sebelum mengiringi calon PH memasuki pusat penamaan calon.

Calon PH bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sikamat, Ustaz Norazman Mohamad, tiba bersama calon DUN Lenggeng, Zarinna Abu Zarin, calon DUN Lobak, Chew Seh Yong, calon DUN Nilai, J Arul Kumar, dan calon DUN Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim.

Suasana di pekarangan Wisma MBS berlangsung meriah dengan laungan slogan dan sorakan penyokong, namun kekal terkawal hasil pemantauan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Selepas proses penamaan calon selesai, SPR mengesahkan DUN Sikamat menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan Norazman yang mewakili PH, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz daripada Bersatu dan seorang calon Parti Wawasan Negara (Wawasan).

Tempoh berkempen bagi PRN Negeri Sembilan bermula hari ini dan akan berlangsung sehingga 11.59 malam pada 31 Julai, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

  • By Fatin
  • October 7, 2026
Suryady desak tindakan segera tangani isu kekurangan doktor di Sabah

‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
‎Waspada berita palsu, grafik dimanipulasi berkaitan Belanjawan 2027 – Fahmi ‎

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Jalan baharu Sare-Sentebu mudahkan akses, jimatkan masa perjalanan ke Sarikei

Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
Wartawan Labuan perlu kaki palsu baharu, terima sumbangan Kasih@HAWANA

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

CCTV sekolah berasrama di Perlis fokus kawasan asrama

KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun

  • By Ezmie
  • October 7, 2026
KTC lahirkan 256 graduan mahir dalam tempoh 15 tahun