Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

BANGI – Usaha membudayakan pengajian dan penghayatan Hadis Sahih al-Bukhari diyakini mampu menjadi antara pendekatan berkesan membanteras ajaran sesat dan fahaman ekstrem di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, ini memandangkan Hadis Sahih al-Bukhari mempunyai kedudukan istimewa dalam tradisi keilmuan Islam dan menjadi antara medium yang mampu menyatukan umat.

“Hadis Sahih al-Bukhari ini tiada ulama yang khilaf, semuanya bersepakat. Selepas al-Quran ialah Sahih al-Bukhari.

“Jadi inilah satu platform untuk kita menyatupadukan umat Islam di negara kita,” katanya, seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Dirayah Sahih al-Bukhari Siri 1/2026, di sini, hari ini.

Majlis itu menghimpunkan tokoh ulama dan pakar hadis dari luar negara, antaranya Sheikh Ibraheem Khaleel Al-Bukhari dari India dan Sheikh Mustafa An-Nadwi dari Mesir.

Turut hadir Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Datuk Prof Dr Farid Ravi Abdullah dan Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Prof Madya Dr Adi Anuar Azmin.

Dirayah ialah syarahan dan kupasan hadis secara berautoriti sebagai pelengkap kepada tradisi Sama’, sekali gus memperkukuh kefahaman masyarakat terhadap hadis Nabi SAW mengikut manhaj Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Penganjuran ini menjadi sebahagian daripada usaha membudayakan ilmu turath dan sasaran melahirkan 1,000 perawi hadis dalam kalangan pemegang tauliah, guru pondok, mahasiswa pengajian Islam dan pendakwah menjelang 2028.

Menjelaskan lebih lanjut, Zulkifli berkata, apabila masyarakat membudayakan ilmu dengan guru dan kitab yang sahih, secara tidak langsung ia dapat memberi kefahaman dan membasmi mengenai ancaman akidah dan ajaran sesat.

“Umat Islam perlu sentiasa merujuk kepada pihak berkuasa agama jika berdepan ajaran atau kandungan menimbulkan kekeliruan, khususnya di media sosial.

“Kita ada pihak berkuasa agama yang boleh menjadi rujukan seperti Jabatan Mufti, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan jabatan agama Islam negeri.

“Sekiranya didapati ada apa-apa ajaran yang menimbulkan kekeliruan dan keraguan, rujuk kepada pihak berkuasa agama supaya kita dapat bimbing,” katanya.

Related Posts

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

MENUMBOK – Kerajaan meluluskan pemberian kuota diesel bersubsidi sebanyak 300 liter sebulan menerusi kad armada kepada syarikat kecil dan kontraktor tempatan bagi mengurangkan beban kos operasi susulan pelaksanaan penyasaran subsidi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
SPRM siasat kerugian RM200 juta KWAP dalam pelaburan eFishery

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka siasatan berhubung kerugian pelaburan sebanyak RM200 juta yang dialami Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam syarikat teknologi akuakultur Indonesia, eFishery. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan