Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan avatar kecerdasan buatan (AI) sebagai medium baharu untuk berinteraksi dengan rakyat, sekali gus memperluas ruang komunikasi bagi mendengar pandangan, kebimbangan dan aspirasi masyarakat.

Anwar berkata, kemunculan teknologi AI membuka dimensi baharu dalam komunikasi negara apabila suara rakyat dapat didengari dengan lebih meluas, aspirasi lebih difahami dan idea dapat diteroka secara bersama.

“Tiada seorang pemimpin boleh berada di mana-mana pada setiap masa. Itulah hakikatnya.

“Saya telah mengabdikan hidup saya untuk berkhidmat. Bukan sekadar perjuangan, tetapi amanah untuk negara, rakyat dan generasi akan datang,” katanya menerusi video pelancaran avatar AI beliau pada Sabtu.

Beliau menjelaskan avatar itu bukan sekadar watak digital, sebaliknya merupakan ‘kembar digital’ yang diinspirasikan daripada nilai, prinsip dan visinya untuk Malaysia MADANI.

“Ia bukan sekadar avatar, tetapi lanjutan digital diri saya yang sedia mendengar, membantu dan berkhidmat untuk rakyat.

“Inilah avatar saya, kembar digital yang diinspirasi oleh nilai dan visi saya. Satu cara baharu untuk kita berhubung, berkongsi pandangan dan meneroka idea,” katanya.

Perdana Menteri berkata, sepanjang perjalanan hidupnya, rakyat mengenali beliau melalui pelbagai fasa termasuk perjuangan menuntut ilmu, berpegang kepada nilai iman dan ihsan, memperjuangkan reformasi, memimpin negara dengan amanah serta memberi perhatian kepada harapan generasi muda.

Beliau berkata, semua pengalaman itu kini diterjemahkan dalam bentuk digital bagi memastikan hubungan dengan rakyat terus diperkukuh seiring perkembangan teknologi.

“Masa depan tidak ditunggu. Ayuh kita bina dengan ilmu, integriti dan kerja keras demi rakyat dan Malaysia MADANI,” katanya.

Anwar turut mengajak rakyat, khususnya golongan muda, ibu bapa dan warga emas, supaya memanfaatkan platform tersebut untuk berkongsi pandangan secara langsung.

Menurut beliau, Malaysia hanya akan terus maju sekiranya dasar dan hala tuju negara dibentuk berasaskan suara serta kehendak rakyat.

“Saya amat berharap kalian boleh kongsikan pandangan, kebimbangan dan aspirasi secara terus melalui avatar ini kerana saya yakin negara hanya akan bertambah baik sekiranya ia berpaksi pada suara dan kehendak rakyat,” katanya yang turut menyertakan nombor Whatsapp AI beliau di https://wa.me/60378850523

Related Posts

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

KERAJAAN disaran menubuhkan badan khas bagi memantau perbelanjaan pembangunan setiap kementerian bagi mengelakkan masalah terlebih belanja dan kegagalan menggunakan peruntukan sepenuhnya. Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KEPUTUSAN penutupan sekolah akibat jerebu perlu diumumkan secara harian kerana ia faktor tidak boleh dijangka, kata Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek. Beliau berkata, bagaimanapun segala pandangan ibu bapa berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

Ekonomi Sarawak diunjur berkembang 6 peratus pada 2027, pelaburan diluluskan RM11.2 bilion

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

Tubuh badan khas pantau kementerian terlebih belanja, kurang belanja – Puad Zarkashi

Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

Hasil Sarawak 2026 diunjur RM13.57 bilion, pemberian khas Persekutuan naik RM1.5 bilion

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

KPM faham keresahan ibu bapa, penutupan sekolah bergantung IPU semasa

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Anwar doakan Siti Zailah segera sembuh selepas kemalangan

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar

Prasarana asas desa dinaik taraf, pemangkin pembangunan luar bandar