Nor Azman dekat di hati pengundi Sikamat menerusi pendekatan dakwah, khidmat masyarakat

SEREMBAN – Pendekatan dakwah serta penglibatan aktif dalam komuniti setempat menjadi antara faktor pengundi DUN Sikamat menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad, pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) ketika proses penamaan calon di Wisma Majlis Bandaraya Seremban, hari ini, mendapati penyokong DUN Sikamat melihat latar belakang agama Norazman sebagai satu kelebihan dalam memahami masyarakat dan mendekati rakyat.

Pengundi DUN Sikamat, Fazliyana Zaikha Zakaria berkata, pengalaman Nor Azman sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan sebelum ini memberi nilai tambah kerana beliau memahami keperluan rakyat serta pengurusan pentadbiran kerajaan negeri.

“Sokongan yang diterima setakat ini amat memberangsangkan. Dengan pengalaman sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, beliau memahami keperluan rakyat dan akan terus memperkemaskan mutu perkhidmatan kepada masyarakat.

“Saya menyeru pengundi memilih calon yang benar-benar bekerja dan mampu meneruskan kesinambungan kepimpinan kerajaan negeri,” katanya kepada TMP di sini, hari ini.

Sementara itu, pengundi DUN Sikamat, yang hanya mahu dikenali sebagai Mie Soya berkata, Nor Azman dikenali masyarakat setempat sebagai seorang yang mempunyai latar belakang pendidikan agama serta aktif mendekati komuniti melalui pengisian ilmu.

Katanya, penglibatan Nor Azman dalam menyampaikan ceramah dan kuliah di surau, masjid serta majlis ilmu menyebabkan beliau sudah dikenali ramai di kawasan berkenaan.

“Beliau seorang yang lemah lembut tetapi tegas dalam pendirian. Beliau juga mempunyai integriti dan tidak menggunakan agama untuk kepentingan politik,” katanya.

Menurutnya, Nor Azman yang juga anak tempatan dan penduduk tetap Sikamat mempunyai kelebihan kerana memahami persekitaran serta keperluan masyarakat setempat.

“Saya percaya beliau adalah calon yang sesuai untuk mewakili masyarakat Sikamat dan menyeru pengundi memberikan sokongan kepada calon nombor tiga, Ustaz Norazman Mohamad,” katanya.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

  • By Ithma
  • September 10, 2026
Sabah jadi tuan rumah Mesyuarat MTPMA63 di SICC

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Anwar mulakan lawatan kerja dua hari ke Sabah

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Perdana Menteri disaran jawab dakwaan, isu integriti kerajaan

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Semangat PAU 2026 jadi pencetus kekuatan jentera parti hadapi pilihan raya

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Akmal Saleh sedia ‘berperang’ lawan PH di PRN Melaka 

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula

Wanita perlu diberi ruang lebih besar bantu UMNO bangkit semula