Bolehkah UMNO percaya Pas? – Aiman Athirah ingatkan sejarah kerjasama

SEJARAH membuktikan Pas tidak boleh bekerjasama dengan sesiapa pun selain menjadi “parasit” untuk terus relevan dan bertahan, kata Ketua Wanita Amanah, Datuk Aiman Athirah Sabu.

Beliau berkata Pas akan menyedut kekuatan pihak yang ditumpang dan kemudiannya beralih bagi mendapatkan mangsa baharu.

“Mudah, untuk menjadikan ia cantik cukup membalutnya dengan bungkusan agama dan selepas pemergian almarhum Tok Guru Nik Abdul Aziz, ia ditambah dengan balutan bangsa.

“Selepas itu, bangsa dan agama itu tetap akan berpecah belah kerana pergelutan kuasa Pas. Kemelut yang berlaku di Perlis cukup jelas bagi mereka yang mahu berfikir.

“Memang suatu yang amat menghairankan dan mendukacitakan apabila UMNO yang hanya beberapa tahun lepas dilabelkan Pas sebagai itik yang patah kaki, hakikatnya kini sedang menyediakan ramuan terbaik untuk Pas kembali segar dan bugar,” katanya dalam kenyataan media pada Sabtu.

Jelas Aiman, ada pihak yang seronok mengadu dumba Kerajaan Perpaduan dan juga cuba membuat percaturan kedudukan Presiden UMNO itu sendiri.

“Hadi terus menaburkan fitnah kononnya PH (Pakatan Harapan) menyebar Islamofobia, dan PH menjadikan DAP sebagai Imam Politik.

“Untuk ini, kita serahkan Hadi kepada Allah, dan cukuplah Allah menjadi pembela kita di atas lidah jahat Haji Hadi ini,” katanya lagi

Dalam kenyataan sama, Aiman turut menegaskan dakwaan bahawa Kerajaan Perpaduan tidak akan tumbang sekiranya UMNO keluar daripada kerajaan dan bergabung dengan Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, secara matematik gabungan PN (Perikatan Nasional) yang memiliki 62 kerusi bersama Barisan Nasional (BN) dengan 30 kerusi hanya memperoleh 92 kerusi, masih jauh daripada majoriti mudah 112 kerusi yang diperlukan untuk membentuk kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, walaupun gabungan itu disokong oleh semua Ahli Parlimen Bebas dan parti kecil, jumlah kerusi masih dianggarkan sekitar 106, iaitu enam kerusi kurang daripada angka majoriti.

“Begitu juga dakwaan bahawa PN dan BN boleh terus mengambil alih kerajaan sekiranya UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan. Hakikatnya, gabungan itu masih tidak mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi.

Bagaimanapun, ujarnya hanya jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menyertai PN dan BN, jumlah kerusi boleh meningkat kepada sekitar 120 kerusi, sekali gus melepasi ambang majoriti.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, turut dilihat lebih berupaya memenuhi keutamaan Sabah dan Sarawak melalui kerjasama sedia ada.

Sehubungan itu, beliau menegaskan perubahan kerajaan hanya boleh berlaku sekiranya Kerajaan Perpaduan kehilangan sokongan parti-parti komponennya, atau PN dan BN berjaya memperoleh sokongan tambahan daripada GPS, GRS atau Ahli Parlimen lain.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan