AMK gesa PH kaji semula kerjasama dengan BN, persoal keikhlasan politik

PADANG RENGAS – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menggesa Pakatan Harapan (PH) menilai semula kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan susulan perkembangan politik terkini yang disifatkan menimbulkan persoalan terhadap keikhlasan rakan gabungan itu.

Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, tindakan BN yang didakwa menjalinkan kerjasama politik secara terbuka dengan Perikatan Nasional (PN) di Negeri Sembilan mencetuskan keraguan terhadap komitmen parti itu dalam Kerajaan Perpaduan.

Menurutnya, ketika negara sepatutnya memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh ekonomi, perkembangan politik berkenaan hanya berisiko menggugat kestabilan politik dan mengalih fokus kerajaan daripada agenda pembangunan ekonomi.

“Tumpuan sepatutnya diberikan kepada usaha memperkukuhkan kedudukan ekonomi. Sebaliknya, BN menggunakan kesempatan daripada krisis yang berlaku untuk melakukan percaturan politik.

“AMK berpendapat sudah tiba masanya hubungan kerjasama politik antara PH dan BN di peringkat Persekutuan dikaji semula kerana kami melihat tiada kejujuran daripada pihak sana,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program di sini pada Jumaat.

Muhammad Kamil berkata, jika BN memilih untuk bekerjasama dengan pihak lain di peringkat negeri sehingga menjejaskan hubungan dengan PH, perkara sama juga wajar dipertimbangkan di peringkat Persekutuan.

“Kalau dia nak berkawan, kita berkawan. Tapi kalau dia nak lawan, kita lawan. Kita tidak ada masalah.

“Sekiranya di peringkat negeri BN memilih untuk bermusuh dengan PH, perkara sama juga boleh dipertimbangkan di peringkat Persekutuan,” tegasnya.

Beliau pada masa sama menegaskan semua pihak seharusnya berdiri teguh di belakang Perdana Menteri bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara, sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur dan menyokong pemulihan ekonomi.

“Kita tuntut supaya dihentikan segala usaha yang tidak menguntungkan negara.

“Ekonomi negara sedang menunjukkan pemulihan dan pelaburan terus meningkat. Tindakan seperti ini hanya akan menimbulkan kegelisahan dalam kalangan rakyat serta pelabur,” katanya.

Foto: Berita Harian

Related Posts

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerjasama politik perlu lebih fleksibel selepas PRU

KERJASAMA politik antara parti di Malaysia wajar diberikan lebih fleksibiliti selepas pilihan raya bagi membolehkan pembentukan kerajaan dibuat berdasarkan keputusan mandat rakyat, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Perlis, Noor Amin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026