Puad dakwa MCA hipokrit, ingatkan Pas pernah tawar DAP guna lambang bulan

KUALA LUMPUR – Kritikan Pemuda MCA terhadap hubungan parti itu dengan Pas disifatkan sebagai hipokrit dan tidak berasaskan realiti politik semasa.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, dakwaan Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung bahawa kerjasama dengan Pas menggadaikan prinsip sebenarnya tidak tepat.

Hal ini menurut Puad, politik Malaysia sentiasa menyaksikan parti-parti bekerjasama bagi mencapai matlamat politik masing-masing.

“Pas bukan parti Islam. Pas tidak lagi memperjuangkan hudud. Cara Pas berkawan pun tidak Islamik. Tengok cara Pas tendang Bersatu. Apakah itu Islamik? Mempermainkan isu agama apa lagi Islamfobia tidak lagi relevan dalam politik “merebut kuasa” di Malaysia.

“Ia hanya hipokrasi di kedua belah pihak kawan atau lawan khususnya DAP vs MCA atau Pas vs DAP/MCA,” tulisnya di media sosial pada Jumaat.

Puad turut mengimbau semula Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 2013 apabila DAP berdepan kemungkinan tidak dapat menggunakan lambang roket susulan isu pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu yang dipertikaikan.

Menurutnya, ketika DAP dan Pas berada dalam gabungan Pakatan Rakyat, Pas pernah menawarkan penggunaan lambang bulan kepada DAP sebagai persediaan sekiranya parti itu tidak dibenarkan menggunakan simbol roket.

“Setiausaha Agung Pas ketika itu, Datuk Mustafa Ali, telah menandatangani surat kuasa berkenaan. Namun sehari sebelum penamaan calon, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membenarkan DAP menggunakan semula lambang roket,” katanya lagi.

Tambah Puad, tindakan parti ketika itu didorong oleh matlamat untuk menewaskan Barisan Nasional (BN), sama seperti pendekatan politik hari ini yang menurutnya bertujuan menjatuhkan Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata, atas faktor itu juga parti-parti seperti Gerakan dan Parti India Muslim Bersatu Malaysia (MIPP) kekal bersama Perikatan Nasional (PN).

Sehubungan itu, beliau berpendapat Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong tidak akan mengambil peduli kebimbangan yang disuarakan oleh kepimpinan Pemuda parti berkenaan kerana dalam politik, matlamat utama tetap untuk memperoleh kuasa.

Related Posts

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mafia korporat helah Rafizi ‘kaburi mata’ rakyat isu khalwat Nik Nazmi

PUTRAJAYA – Isu mafia korporat yang dibangkitkan pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat hanya helah semata-mata bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada kontroversi membabitkan sekutunya, Nik Nazmi Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi