Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

KUALA LUMPUR – Hubungan kukuh antara kerajaan persekutuan dan negeri penting bagi memudahkan pelaksanaan pelbagai projek pembangunan tanpa berdepan kerenah birokrasi yang panjang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkongsi bahawa rakyat Negeri Sembilan harus terus memberikan mandat kepada Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri bagi memastikan agenda pembangunan dan kebajikan rakyat dapat diteruskan tanpa gangguan.

Ujarnya, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun atau lebih dikenali sebagai Tok Min telah mentadbir Negeri Sembilan sejak 2018 dengan penuh amanah, sederhana dan berintegriti sehingga mewujudkan kerjasama yang erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan.

“Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri lebih intim. Lebih mudah kita bangunkan negeri bersama. Tak perlu runding banyak-banyak. Kalau Tok Min ada masalah, terus telefon atau saya hantar pasukan untuk selesaikan bersama,” kongsinya di Facebook malam tadi.

Anwar turut menegaskan bahawa kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada agenda membasmi kemiskinan, menaik taraf sekolah daif serta memperkukuhkan kemudahan kesihatan.

“Kita mulakan dengan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan.

“Tidak harus ada kelompok yang miskin, tidak harus ada sekolah yang daif dan tidak harus ada kawasan yang tiada hospital. Semua ini mesti kita bangunkan bersama,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata mandat rakyat amat penting bagi memastikan Negeri Sembilan terus dipimpin oleh sebuah kerajaan yang bersih, stabil dan bekerja demi kepentingan rakyat.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 melibatkan kesemua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan Hari penamaan calon ditetapkan pada 18 Julai, undian awal pada 28 Julai, dan hari pengundian rasmi pada 1 Ogos 2026.

Related Posts

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

SHAH ALAM – Kerajaan Selangor dijangka memuktamadkan kerjasama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Selangor sebelum pembentangan Belanjawan Negeri pada November depan. Menteri Besar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 bekas Exco saman kerajaan negeri tak pernah berlaku dalam sejarah Malaysia

SEREMBAN – Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menyifatkan tindakan 10 bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) memfailkan saman terhadap kerajaan negeri sebagai perkara yang belum…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
KD Ganas, KD Serang dipindahkan ke MAWILLA 2

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Semua sekolah di Negeri Sembilan ditutup mulai esok susulan jerebu

Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Fasa dua projek tebatan banjir Kampung Rampayan perlu dipercepat

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

Selangor-Bersatu masih runding kerjasama, muktamad sebelum belanjawan negeri

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

IPU lebih 180, semua sekolah dan institusi pendidikan KPM diarahkan tutup mulai esok

‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
‎Kerajaan teliti kesan platform e-dagang terhadap peniaga fizikal, syarikat kurier tempatan