Mafia korporat helah Rafizi ‘kaburi mata’ rakyat isu khalwat Nik Nazmi

PUTRAJAYA – Isu mafia korporat yang dibangkitkan pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat hanya helah semata-mata bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada kontroversi membabitkan sekutunya, Nik Nazmi Nik Ahmad, ketika Bersama berdepan perhatian susulan isu berkenaan.

Penasihat Pertubuhan Kebajikan Impak Madani (Impak Madani), John Ooh Sin Hwa berkata, tindakan Rafizi membangkitkan isu itu beberapa hari selepas kontroversi dakwaan khalwat, dikaitkan dengan Nik Nazmi menimbulkan persoalan mengenai tujuan di sebalik langkah tersebut.

Menurut beliau, langkah itu mungkin bertujuan mengubah fokus perbincangan awam, terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, supaya kontroversi membabitkan Nik Nazmi tidak terus menjadi perhatian pengundi.

“Nampak macam ada taktik politik di sebalik tindakan Rafizi itu kerana hanya beberapa hari selepas kontroversi kes khalwat yang dikaitkan dengan Nik Nazmi, Rafizi pula tampil membangkitkan isu mafia korporat.

“Saya berpendapat beliau membangkitkan isu mafia korporat bagi alihkan perhatian dengan harapan pengundi Melaka tidak tumpu pada kes khalwat tersebut,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, John Ooh Sin Hwa menegaskan, isu berkenaan sukar dialihkan daripada perhatian orang ramai memandangkan maklumat mengenainya telah tersebar luas di media sosial.

“Buatlah apa pun, pengundi telah nampak isu moral dalam Bersama dan pengundi lazimnya tidak akan memberikan kemenangan kepada pemimpin yang terpalit dengan masalah moral,” katanya.

Minggu lalu, Nik Nazmi mengesahkan dirinya antara dua individu yang ditahan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam insiden tangkapan khalwat di Petaling Jaya pada Khamis lalu.

Bagaimanapun, bekas Ahli Parlimen Setiawangsa menyangkal tuduhan itu dengan memaklumkan tidak melakukan apa-apa tindakan sumbang yang menimbulkan syak wasangka

Sebelum ini, Bersama mengumumkan keputusan merehatkan Nik Nazmi daripada menyertai semua aktiviti rasmi parti selama tiga bulan, berkuat kuasa dari 20 Oktober hingga 19 Januari 2027.

Presiden Bersama, Syukri Razab berkata, pihaknya berpendirian keputusan itu perlu dan munasabah.

Related Posts

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pendirian Takiyuddin mengenai kuasa Raja perlu konsisten, bukan ikut kepentingan politik – Pemerhati

PERBEZAAN pendirian Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung kuasa Raja dalam isu pelantikan dan pemecatan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Selangor pada 2017 dan Negeri Sembilan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi