Pas punca tercetusnya Islamofobia – Amanah

PUTRAJAYA– Kenyataan Setiausaha Pemuda MCA, Saw Yee Fung berhubung kerjasama politik Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) membuktikan sikap Pas sendiri menjadi punca tercetusnya persepsi Islamofobia di Malaysia.

Setiausaha Agung Amanah, Faiz Fadzil berkata, kenyataan pemimpin MCA itu memperlihatkan parti berkenaan sendiri berasa gusar dengan kehadiran Pas sehingga terpaksa memberi jaminan kepada pengundi bahawa BN tidak bekerjasama dengan Pas ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ini jelas menunjukkan bahawa Pas sebenarnya yang menyebarkan Islamofobia sehingga MCA terpaksa berkempen bahawa tiada kerjasama antara BN dan Pas pada PRN Johor.

“Namun di Negeri Sembilan, MCA akhirnya bekerjasama dengan Pas. Keadaan ini dilihat sebagai satu penipuan terhadap rakyat Johor,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Faiz berkata, perkembangan itu turut menunjukkan Pas sanggup mengubah pendirian politik demi mendapatkan kuasa, sekali gus membuktikan parti itu tidak konsisten dengan prinsip yang sering dilaungkan.

Menurut beliau, Pas sebelum ini meninggalkan Bersatu, kemudian memilih untuk bekerjasama dengan UMNO, sedangkan alasan yang diberikan ialah demi agenda penyatuan ummah.

“Kerjasama politik Pas dan BN ini tidak akan kekal lama. Akhirnya ia akan berpecah dan rakyat juga yang terpaksa menanggung kesan akibat ketidakstabilan politik,” katanya.

Beliau turut mengingatkan Pas pernah bekerjasama dengan DAP selepas Pilihan Raya Umum 2008 sehingga berjaya membentuk kerajaan negeri di Perak, Selangor dan Pulau Pinang.

“Ketika itu Pas mempertahankan kerjasama tersebut habis-habisan, namun kini mengambil pendirian bertentangan apabila memilih bekerjasama dengan MCA, selain menolak hubungan dengan DAP,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas dakwaan Presiden Pas bahawa Pakatan Harapan (PH) menjadi pihak yang menyebarkan Islamofobia, Faiz berkata kenyataan Pemuda MCA sendiri sudah cukup untuk menafikan dakwaan tersebut.

“Hakikatnya, pendekatan Pas yang sering memainkan sentimen agama dan kaum serta kenyataan yang bersifat ekstrem menyebabkan parti bukan Melayu seperti MCA sendiri berasa takut terhadap Pas.

“Islamofobia yang diperkatakan itu berpunca daripada pendekatan Pas sendiri, bukannya disebabkan pihak lain.

“Sikap Pas yang sering menyalahkan pihak lain dalam isu berkenaan boleh diibaratkan seperti pepatah Arab, ‘dia yang pukul, dia yang menangis’,” katanya.

Related Posts

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

AYER KEROH – “Biar habis persidangan DAP dahulu,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itu adalah reaksi ringkas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya mengenai keputusan Persidangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

AYER KEROH –  Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Amirudin Shari diberi mandat penuh dalam menentukan strategi dan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya akan datang. Presiden…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

Dua polis peronda ditahan terima rasuah RM14,000

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

‘Biar DAP habiskan persidangan dahulu’ – Anwar

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Tahap integriti penjawat awam makin baik

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Jentera Pilihan Raya PKR akan dikelolai Amirudin Shari

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Tian Chua sedia kembali ke PKR

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera

Gempa bumi Sumatera: Pulau Pinang terkawal, tiada cedera