Kes disiplin, buli di sekolah perlu ditangani segera – PMX

NILAI – Isu disiplin termasuk kes buli dan penghinaan kaum di sekolah perlu ditangani dengan segera kerana ia mencerminkan kelemahan dalam sistem pendidikan sedia ada.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ketika ini masalah akhlak masih berlaku walaupun pendidikan agama kini lebih baik dengan kelas agama diperkasakan.

“Kalau kita bongkar betul-betul, hari-hari ada kes buli..ini tak boleh, maknanya (buli) menjadi satu penyakit..penyakit akhlak.

“Bagi saya, inilah perkara yang perlu diberi keutamaan dalam pendidikan. Kadangkala kita terlupa bahawa teras pendidikan ialah membina nilai kemanusiaan yang berasaskan adab dan akhlak.

“Seseorang mungkin bijak, cemerlang dan memiliki kelulusan yang tinggi sehingga ke peringkat PhD, tetapi jika dia tidak memahami nilai kemanusiaan dan tidak tahu menghormati orang lain, maka kita perlu bertanya apakah sebenarnya yang dipelajarinya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi Temu Anwar bersama pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Teknik, di Kompleks Pendidikan Nilai, pada Jumaat yang turut dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Terdahulu Anwar turut menegur tindakan pihak sekolah yang lebih cenderung menjaga imej institusi daripada memberi perhatian kepada penderitaan murid yang menjadi mangsa buli perlu diubah.

“Saya tidak melihat seseorang guru besar atau pengetua sebagai gagal sekiranya mereka mendedahkan berlakunya kes buli di sekolah. Sebuah sekolah mungkin mempunyai seribu orang pelajar dan hanya dua kes buli berlaku. Itu tidak bermakna pengetua tersebut gagal.

“Sebaliknya, yang menjadi kesalahan ialah apabila kes itu disembunyikan atau tiada tindakan diambil untuk melindungi mangsa dan menangani masalah berkenaan,” katanya.

Pada sesi itu, Anwar mengakui prestasi bidang perguruan negara berada di tahap yang amat baik.

Katanya, prestasi itu perlu terus dipertingkat selaras menjadikan kualiti pendidikan negara pada peringkat tertinggi.

“Warga pendidik memikul tanggungjawab besar untuk memastikan institusi pendidikan menjadi tempat menimba ilmu, sekali gus melahirkan generasi beriman, berakhlak dan mempunyai sifat ihsan terhadap sesama manusia,” katanya.

Related Posts

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

KUALA LUMPUR – Penjualan dadah sintetik berbahaya dikesan menggunakan istilah berkod dan akaun palsu, bagi mengaburi pihak berkuasa serta mengelak dikesan penyedia platform e-dagang. Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

SHAH ALAM – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah mempertikaikan kuasa dan autoriti Yang di-Pertuan Agong serta Raja-Raja Melayu dalam memberikan pengampunan, termasuk berhubung isu pengampunan bekas Perdana Menteri Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Lelaki dicekup jual nombor loteri haram di tebingan Sungai Roban

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Taktik licik jual dadah sintetik guna istilah berkod dalam perhatian kerajaan

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Keputusan had usia keahlian Puteri UMNO wajar diberi jawapan jelas

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

Pakatan Harapan tidak pernah sentuh kuasa pengampunan Agong

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

MB Negeri Sembilan rela hati tandatangani proklamasi pemecatan Tuanku Muhriz – Peguam

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU

Anwar mahu PKR Sabah perkukuh kesatuan, persiap jentera PRU