“Apakah garis merah kita? – Pemuda MCA persoal kerjasama UMNO-Pas

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pemuda MCA, Saw Yee Fung mempersoalkan dakwaan wujudnya persefahaman antara UMNO dan Pas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sebelum ini, beliau berulang kali menjelaskan kepada pengundi bahawa Barisan Nasional (BN) tidak bekerjasama dengan Pas, malah menegaskan kerjasama dengan parti itu sebelum ini hanya melibatkan DAP.

Namun, katanya, seminggu kemudian beliau dikejutkan dengan kenyataan pemimpin BN pada pentas pengumuman calon PRN Negeri Sembilan yang menyebut mengenai kewujudan “persefahaman dengan rakan-rakan”, sebelum disusuli pengesahan pemimpin Pas mengenai kerjasama dengan UMNO.

“Saya keliru. Adakah MCA telah bersetuju? Adakah Setiausaha Agung MCA bersetuju? Adakah Lembaga Pengarah parti telah meluluskan perkara ini? Apakah bentuk persefahaman yang dimaksudkan dengan Pas?” katanya dalam satu kenyataan di media sosial hari ini.

Yee Fung berkata, MCA selama ini konsisten mempertahankan prinsip sekularisme dan demokrasi, justeru beliau mempersoalkan sama ada pendirian tersebut kini telah diketepikan.

“Apakah garis merah kita? Apakah prinsip yang masih kita pegang? Adakah semuanya dikorbankan semata-mata untuk mendapatkan undi, jawatan atau kemenangan politik?

“Saya seorang yang berpegang kepada prinsip dalam politik dan saya tidak boleh bersetuju dengan pendekatan seperti ini,” katanya.

Beliau turut mengingatkan bahawa tindakan mengubah pendirian politik demi kepentingan jangka pendek boleh menyebabkan sesebuah parti kehilangan identiti serta kepercayaan penyokongnya.

Related Posts

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

PAS sepatutnya mematuhi Perlembagaan Perikatan Nasional (PN) serta melaksanakan keputusan Majlis Tertinggi (MT) gabungan itu bagi mengelakkan kemelut dalaman berlarutan sehingga dibawa ke mahkamah dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Mafia korporat helah Rafizi ‘kaburi mata’ rakyat isu khalwat Nik Nazmi

PUTRAJAYA – Isu mafia korporat yang dibangkitkan pengasas parti Bersama, Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat hanya helah semata-mata bagi mengalihkan perhatian orang ramai daripada kontroversi membabitkan sekutunya, Nik Nazmi Nik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Serangan terhadap guru disiar secara langsung, MCMC buka siasatan

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Conte sedia ke United tapi bersyarat

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

Larangan Waze demi keselamatan negara, data sulit – Anwar

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

‘Baru ada akai!’ Tun Faisal sindir Pas langgar Perlembagaan PN

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi

Gangguan TuJu perlu dijelaskan, pengguna boleh pilih aplikasi alternatif – Fahmi