Sabah Electricity, JKOM perkukuh kerjasama strategik

KOTA KINABALU – Sabah Electricity Sdn Bhd (SE) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Zon Sabah & WP Labuan memulakan kerjasama strategik menerusi sesi libat urus pertama bagi memperkukuh penyampaian maklumat serta meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai isu berkaitan bekalan elektrik.

Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Ir Ts Mohd Yakkob Jaafar berkata, ia kali pertama kali pihaknya bekerjasama dengan Jabatan Kerajaan seperti JKOM, sebelum ini banyak bekerjasama dengan Unit Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM).

“UPPM mempunyai sasarannya sendiri, begitu juga dengan JKOM mempunyai sasaran tersendiri seperti Key Communicator bagi menyebar luas maklumat SE.

“Insya-Allah, selepas ini kita akan terus menjalinkan kerjasama,” ujarnya pada Program Hasrat MADANI @ Kota Kinabalu di Wisma UTC Sabah, pada Rabu.

Dalam pada itu, beliau mengakui prestasi pembekalan elektrik di Sabah masih belum mencapai tahap yang memuaskan berbanding Semenanjung, namun menegaskan keadaan itu tidak bermakna pengguna berdepan gangguan bekalan setiap hari.

“Saya akui prestasi pembekalan elektrik di Sabah masih belum memuaskan dan masih jauh jika dibandingkan dengan Semenanjung. Namun, itu tidak bermakna rakyat berdepan gangguan bekalan setiap hari.

“Purata gangguan bekalan elektrik di Sabah tahun lalu hanyalah 186 minit atau kira-kira tiga jam sepanjang setahun bagi setiap pengguna berdaftar,” jelasnya.

Tambahnya, walaupun masih terdapat rungutan daripada pengguna, prestasi pembekalan elektrik di Sabah terus menunjukkan peningkatan apabila tempoh gangguan berjaya dikurangkan.

“Di Semenanjung, purata gangguan bekalan adalah sekitar satu jam 50 minit setahun.

“Memang masih ada jurang, tetapi perbezaannya hanya sekitar 15 peratus dan kami akan terus berusaha memperbaiki prestasi pembekalan elektrik di Sabah.

“Kami tidak mahu lagi dilihat sebagai beban kepada kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan mahupun rakyat. Motto kami ialah ‘We are here as a solution provider, not to be seen as a burden,” kongsinya.

Program berkenaan turut dihadiri oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dilantik, Grace Lee Li Mei; Pengarah JKOM Zon Sabah & WP Labuan, Milus Alu @ Abd Wahad dan lebih 50 orang peserta yang terdiri daripada warga JKOM dan Key Communicator setempat dan rombongan SE secara bersemuka dan dalam talian.

Related Posts

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan meluluskan RM1.57 bilion bagi memperkukuh pembangunan sektor kesihatan Sabah menerusi Rolling Plan 1 (RP1) Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) bagi 2026. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

KUANTAN – Polis Pahang mengesahkan satu kejadian rompakan berlaku di sebuah kedai emas dalam pusat beli-belah di Genting Highlands dekat Bentong hari ini. Pemangku Ketua Polis Pahang Datuk Azry Akmar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok