Libat urus BUDI Diesel diyakini mampu selesai isu di Sabah

RANAU – Pelaksanaan BUDI Diesel di Sabah dijangka akan melalui beberapa penambahbaikan dalam tempoh dua hingga tiga minggu susulan sesi libat urus yang sedang dilaksanakan antara Kerajaan Negeri dengan Kementerian Kewangan (MoF) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan (MAFI) Sabah, Datuk Jamawi Jaafar berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan untuk meneliti semula pelaksanaan subsidi bersasar diesel selepas mengambil kira pelbagai maklum balas daripada rakyat di Sabah.

“Perkara ini telah dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet negeri selepas MAFI membentangkan hasil libat urus bersama Kementerian Kewangan Persekutuan dan KPDN minggu lalu berhubung kesan pelaksanaan subsidi bersasar diesel terhadap rakyat Sabah.

“Saya telah melaporkan secara keseluruhannya bagaimana petani kita terjejas, bagaimana jentera ladang kita terjejas, bagaimana kenderaan pikap kita terjejas dan sebagainya, termasuk golongan belia yang memiliki kenderaan pikap dan jeep untuk tujuan pekerjaan serta perniagaan.

“Ketua Menteri mengambil perhatian serius perkara ini dan telah mengarahkan Kabinet Negeri menjemput Kementerian Kewangan dan KPDN bagi sesi taklimat serta libat urus bersama penjawat awam dan wakil rakyat kerajaan,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Padang Ragut, Pelancaran Kebun Dapur dan Kempen Vaksinasi Haiwan Kesayangan di Pejabat Jabatan Perkhidmatan Veterinar Ranau, pada Selasa..

Menurut Jamawi, sesi pertama akan melibatkan ketua-ketua jabatan negeri pada Jumaat ini di Menara Kinabalu, manakala sesi kedua bersama wakil rakyat kerajaan akan diadakan pada Ahad bagi membolehkan Kerajaan Persekutuan memperoleh gambaran lebih jelas mengenai situasi sebenar di lapangan sejak pelaksanaan BUDI Diesel.

“Sabah mempunyai keperluan yang berbeza berbanding Semenanjung kerana faktor geografi dan jarak perjalanan yang jauh, sekali gus memerlukan pendekatan lebih sesuai dalam pelaksanaan dasar subsidi bahan api.

“Kita tidak sama seperti di Semenanjung. Kalau di sana memandu tiga jam boleh merentasi beberapa negeri, tetapi di Sabah memandu tiga jam pun mungkin belum sampai ke satu daerah, sebab itu keperluan penggunaan diesel dan petrol di Sabah berbeza.

“Kita faham isu ketirisan perlu ditangani, tetapi jangan kerana kegagalan mengawal ketirisan, beban itu dipindahkan kepada petani, nelayan, pengusaha industri makanan dan golongan muda yang berniaga. Itu tidak adil kepada mereka,” kongsinya.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paginatan, Datuk Rusdin Riman; Setiausaha Tetap Kementerian, Datuk Jumain Abdul Ghani dan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Sabah, Dr Zul Bahar Abdul Rashid.

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam