Pekebun sayur didenda RM80,000 ceroboh tanah kerajaan Pahang

RAUB – Seorang pekebun sayur didenda RM80,000 oleh Mahkamah Sesyen Raub, hari ini, selepas mengaku bersalah membersihkan Tanah Kerajaan Negeri Pahang tanpa kebenaran sah di Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Cameron Highlands pada Januari tahun lalu.

Hukuman itu diperintahkan Hakim Noor Zaihan Mohamad Ali selepas tertuduh R Sathis, 29, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan dalam prosiding tersebut.

Mahkamah turut mengarahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, Sathis didakwa membersihkan Tanah Kerajaan Negeri Pahang seluas kira-kira 0.101 hektar menggunakan jengkaut bagi tujuan pertanian tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa negeri.

Kesalahan itu dilakukan olehnya di Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Daerah Cameron Highlands pada 14 Januari 2025 dan didakwa mengikut Seksyen 425(1)(b) Kanun Tanah Negara (Akta 828).

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membersihkan Tanah Kerajaan Negeri Pahang seluas kira-kira 0.101 hektar menggunakan jengkaut bagi tujuan pertanian tanpa kebenaran sah daripada pihak berkuasa negeri.

Kesalahan itu dilakukan di Pos Terisu, Mukim Ulu Telom, Daerah Cameron Highlands, jam 6.30 petang pada 14 Januari 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 425(1)(b) Kanun Tanah Negara (Akta 828), yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Manakala Seksyen 426C(3) Kanun Tanah Negara (Akta 828) memperuntukkan perintah pelucuthakan terhadap benda yang digunakan dalam melakukan kesalahan sekiranya dibuktikan kepada mahkamah bahawa kesalahan di bawah Seksyen 425 telah dilakukan.

Mengikut fakta kes, kejadian dikesan kira-kira jam 6.30 petang selepas pasukan Transformation Taskforce Cameron Highlands membuat aduan berserta rakaman kejadian pencerobohan tanah kerajaan negeri Pahang.

Susulan itu, satu serbuan dilakukan diketuai Ketua Operasi Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) Zon Pahang Barat, Mohd Ammar Syamim Kassim bersama anggota penguat kuasa.

Ketika serbuan, pihak penguat kuasa menemukan kawasan tanah yang telah dibersihkan di Pos Terisu sebelum menemui sebuah jengkaut model Kubota U30-6S yang dipercayai digunakan untuk kerja pembersihan kawasan itu.

Tertuduh kemudian hadir di lokasi dan mengaku sebagai pengusaha yang membersihkan kawasan berkenaan, namun gagal mengemukakan sebarang permit atau kebenaran bagi menjalankan aktiviti tersebut.

Pihak penguat kuasa turut menyita jengkaut berkenaan mengikut Seksyen 426A(5) Kanun Tanah Negara dan asil semakan mendapati jengkaut itu adalah milik sebuah syarikat dan diuruskan oleh tertuduh.

Semakan bersama Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands bertarikh 18 Jun 2025 mendapati kawasan pembersihan tersebut berada di atas Tanah Kerajaan Negeri Pahang serta tiada sebarang kelulusan diberikan kepada mana-mana individu.

Dalam prosiding tersebut, mahkamah juga memerintahkan sebuah jengkaut yang disita UPNP dilucuthak kepada Kerajaan Negeri Pahang melalui pihak pendakwaan.

Pegawai Pendakwa UPNP, Muhammad Muqris Alif Zairiasdi, Taqiuddin Azizan dan Noor Shazana Ghani manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September