Ops Tapis Khas: Lelaki tempatan ditahan miliki syabu

SARATOK – Seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan dalam Op Tapis Khas yang dijalankan oleh Pasukan Petugas Khas Ops Tapis IPD Saratok di Kampung Sessang, Kabong pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, operasi dijalankan pada 14 Julai dari jam 10 pagi hingga 2 petang di sekitar Kampung Sessang, Kabong.

Menurutnya, bertindak atas maklumat, Pasukan Petugas Khas yang diketuai Inspektor Henry telah membuat pemeriksaan ke atas seorang lelaki Melayu yang disyaki pengedar dadah.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas beg silang milik suspek telah menemui tiga paket plastik lutsinar yang mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu,” katanya.

Beliau berkata, suspek kemudian ditahan dan dibawa ke Balai Polis Saratok untuk menjalani ujian saringan air kencing.

“Hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine. Suspek juga mempunyai dua rekod lampau berkaitan kes di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Kes disiasat oleh Sarjan Roslinda Utubesar di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Related Posts

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

KOTA KINABALU – Program Kampung (Kg) Siaga 221 yang dilaksanakan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) penting dalam meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti kampung menghadapi kemungkinan berlakunya bencana. Menteri di Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lapan lori, kereta atas tongkang di Kuala Kedah terbakar

ALOR SETAR – Tujuh lori dan sebuah kereta terbakar dalam kejadian di atas sebuah tongkang di Jeti Kargo Kuala Kedah, dekat sini, malam semalam. Kebakaran itu melibatkan lori jenis Isuzu,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Anwar sambut baik pertemuan dengan Mufti Besar India di Keralam

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Kampung Siaga 221 perkasa kesiapsiagaan komuniti hadapi bencana

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Semikonduktor lonjak kerjasama industri Malaysia-India

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Malaysia perluas pasaran Afrika menerusi kerjasama Ethiopia

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Anwar seru diplomasi, elak ketegangan berterusan di Asia Barat

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan

Jangan sekadar berkokok, kalau berani tarik sokongan