Kerajaan Sabah, MoF bincang penambahbaikan mekanisme subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Negeri Sabah sedang mengadakan libat urus dengan Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) dan agensi Persekutuan yang berkaitan bagi mempertimbangkan mekanisme penambahbaikan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar di Sabah yang mula berkuat kuasa bulan ini.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, mesyuarat susulan antara agensi-agensi Kerajaan Negeri dengan MoF dan agensi Persekutuan berkaitan berhubung perkara itu akan diadakan pada 17 Julai ini dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah.

“Peluasan pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ke Sabah yang bermula pada 1 Julai lalu turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai,” katanya dalam satu kenyataan media, pada Rabu.

Hajiji berkata, pihaknya terus mengambil perhatian serius terhadap isu-isu yang dibangkitkan oleh pelbagai pihak.

“Sehubungan itu, MoF dan agensi kerajaan yang berkaitan telah diarahkan supaya memperincikan isu-isu berkenaan serta meneliti cadangan yang bersesuaian bagi menangani permasalahan yang dihadapi oleh golongan yang terkesan,” katanya.

Sesi libat urus berkenaan diadakan susulan aduan dan keresahan penduduk tempatan yang menyifatkan kuota bulanan antara 200 hingga 300 liter sebagai tidak praktikal ekoran faktor geografi negeri yang luas dan keadaan infrastruktur jalan raya yang mencabar di negeri tersebut.

Isu semakin meruncing bagi masyarakat pedalaman dan pengusaha pelancongan apabila ramai yang tidak layak memohon bantuan BUDI Diesel atas faktor teknikal seperti pemilikan kenderaan secara “sambung bayar,” selain bebanan kos pengoperasian generator elektrik serta bot pengangkutan di kawasan tanpa grid elektrik tetap.

Dalam pada itu, pada 5 Julai lepas,  Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, Kerajaan Persekutuan bersedia meneliti mekanisme yang bersesuaian bagi pelaksanaan kuota subsidi diesel di kawasan pedalaman, khususnya di Sabah, menerusi kerjasama erat serta maklum balas daripada kerajaan negeri ini.

Menurut Amir Hamzah, pihaknya sentiasa terbuka untuk menambah baik pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan bantuan terbabit sampai kepada golongan memerlukan.

Related Posts

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

KANGAR – Menteri Besar Perlis, Abu Bakar Hamzah digugurkan daripada jawatan Ketua Badan Pimpinan Negeri Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perlis berkuat kuasa 3 September lalu. Jawatan tertinggi Bersatu negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

KOTA KINABALU – Bekalan simen di Sabah yang mengalami gangguan ketika ini dijangka pulih sepenuhnya menjelang pertengahan September susulan kilang Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS) di Teluk Sepangar kembali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Pasaran modal Malaysia kekal tawarkan peluang pelaburan menarik

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Tuntutan RHB Capital terhadap Rashid ditolak sepenuhnya, rayuan turut ditarik balik – Peguam

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Meta disaran perluas sekatan pengguna bawah 18 tahun di seluruh dunia

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

Abu Bakar digugurkan, Izizam terajui Bersatu Perlis

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

‘Masuk Pas, masuk syurga’ bukan jaminan, jangan takbur dengan perjuangan politik – Tajuddin

Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September

  • By Ezmie
  • September 5, 2026
Gangguan bekalan simen di Sabah dijangka pulih pertengahan September