84 warga Kementerian Komunikasi Zon Sarawak terima APC 2025, hargai dedikasi melaksana tugas

KUCHING – Seramai 84 warga Kementerian Komunikasi Zon Sarawak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang, komitmen dan dedikasi mereka dalam melaksanakan amanah kepada rakyat serta negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah berkata, anugerah itu bukan sekadar penghargaan terhadap prestasi kerja.

“Malah mencerminkan kepercayaan kerajaan terhadap warga perkhidmatan awam yang sentiasa mengutamakan integriti, disiplin dan kecemerlangan.

“Anugerah yang saudara dan saudari terima bukan sekadar satu bentuk pengiktirafan merupakan manifestasi kepercayaan kerajaan terhadap komitmen, integriti, disiplin serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan sepanjang menjalankan amanah kepada rakyat dan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2025 Kementerian Komunikasi Zon Sarawak pada Rabu.

Menurutnya, pengiktirafan itu seharusnya menjadi pemangkin kepada penerima untuk terus meningkatkan prestasi, memperkukuh kompetensi dan menyumbang kepada kecemerlangan organisasi.

“Kecemerlangan hari ini bukan destinasi terakhir, tetapi titik pembuktian untuk terus memberi impak yang lebih besar kepada organisasi, rakyat dan negara,” ujarnya.

Selain itu, Abdul Halim turut berkongsi pencapaian utama Kementerian Komunikasi sepanjang 2025, termasuk memperkukuh infrastruktur digital negara menerusi Jalinan Digital Negara (JENDELA).

“Ia termasuk memperkasa Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) sebagai hab komuniti digital serta meningkatkan keselamatan dalam talian melalui Kempen Internet Selamat,” ujarnya.

Menurutnya, kementerian turut memperkukuh komunikasi strategik kerajaan melalui Jabatan Penerangan Malaysia, RTM, BERNAMA dan JKOM.

“Selain memajukan industri kreatif, memperkasakan penyiaran awam serta mengukuhkan tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan,” katanya.

Menyentuh pencapaian negara, beliau berkata Malaysia berjaya mempengerusikan ASEAN 2025, merekodkan pelaburan diluluskan tertinggi dalam sejarah negara berjumlah RM426.7 bilion.

“Ini memperkukuh agenda pendigitalan melalui NADI serta menerima pengiktirafan antarabangsa dalam bidang transformasi digital.

“Pencapaian itu membuktikan Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya sebagai negara yang berdaya saing dalam ekonomi, pelaburan, inovasi dan pembangunan digital di peringkat serantau serta antarabangsa,” ujarnya lagi.

Majlis itu diadakan bagi menghargai sumbangan dan komitmen warga Kementerian Komunikasi Zon Sarawak yang telah menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang tahun perkhidmatan.

Foto: Japen Sarawak

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam