Bersama umum tidak akan sertai PRN Negeri Sembilan

PETALING JAYA – Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengumumkan tidak menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan Ke-16 untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka.

Dalam kenyataan bersama Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab, Bersama berpendapat keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang terheret sama dengan pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

“Mengambil kira isu-isu ini serta kekangan masa dan sumber, Bersama berpendapat adalah lebih strategik agar fokus beralih kepada Pilihanraya Negeri Melaka yang akan diadakan beberapa bulan dari sekarang.

“Oleh itu, Bersama tidak akan menyertai PRN Negeri Sembilan untuk memberi sepenuh tumpuan kepada PRN Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Bersama, mesyuarat persediaan awal PRN Melaka akan diadakan pada 21 Julai ini untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon-calon, agar calon-calon dapat diumumkan lebih awal.

Related Posts

Putra persoal gesaan UMNO, Pas supaya PRU16 diawalkan

PARTI Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) mempersoalkan gesaan UMNO dan Pas supaya Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan lebih awal. Ketua Penerangan Putra, Shahrulufti Sharif berkata, pihaknya meneliti secara mendalam alasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jika UMNO pilih PN, PH perlu perluas ‘khemah besar’ – Faiz

PAKATAN HARAPAN (PH) perlu memperluaskan konsep ‘khemah besar’ dengan mencari rakan politik baharu sekiranya UMNO memilih memperkukuh kerjasama dengan Perikatan Nasional (PN). Menurut Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil berkata, PH…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014