Trump umum akan serang Iran dalam tempoh 48 jam

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata, Washington akan melancarkan lebih banyak serangan terhadap Iran dalam tempoh dua hari akan datang, sambil mendakwa Teheran ‘tidak mempunyai apa-apa’ untuk menghalang serangan itu, lapor Anadolu Ajansi.

“Kami akan menyerang mereka dengan sangat hebat malam ini dan kami akan menyerang mereka dengan hebat esok.

“Tiada apa yang mereka boleh lakukan mengenainya,” kata Trump dalam wawancara radio bersama pengulas politik dan pengacara bual bicara Hugh Hewitt.

“Mereka tidak mempunyai apa-apa. Mereka tidak mempunyai apa-apa selain hanya tahu bercakap besar,” katanya.

Trump turut membangkitkan kemungkinan menyerang sebuah kemudahan bawah tanah Iran dikenali sebagai Pickaxe Mountain yang menjadi perhatian susulan aktiviti disyaki berkaitan nuklear.

“Pickaxe mungkin menjadi sasaran bagi satu serangan besar tepat berhampiran pintu masuknya,” kata Trump sambil menambah AS ‘memantaunya dengan teliti’, namun ketika ini tidak melihat ‘sebarang aktiviti’ di situ.

“Keadaan program nuklear mereka tidak berjalan dengan baik. Setiap kali kami mendengar mengenainya, kami musnahkannya.

“Jadi mereka tidak suka bercakap mengenainya. Tetapi kami mungkin akan menyerang Pickaxe dalam masa terdekat,” kata Trump.

Related Posts

Pak Prabowo, kenapa belum respons kehadiran Rundingan Tahunan Malaysia-Indonesia?

JEREBU yang melanda negara-negara ASEAN telah berlarutan cukup lama. Hal ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan rakyat, malah turut menghambat aktiviti harian rakyat di pelbagai negara. Semuanya berpunca daripada kebakaran hutan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Macron ikrar ambil tindakan terhadap perusuh, hampir 2,400 ditahan

PARIS – Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berikrar memastikan pihak yang terlibat dalam keganasan dan kemusnahan harta benda di negara itu dipertanggungjawabkan susulan demonstrasi besar-besaran yang mencetus kekacauan selama dua hari.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Wakil Astro AWANI Pahang meninggal dunia

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Sailang kerusi DUN Sungai Udang, bukti UMNO pinggirkan Wawasan

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Kes Nik Nazmi jadi liabiliti buat 15 calon Bersama di PRN Melaka – Penganalisis

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

Sejambak Kasih Deepavali santuni 60 individu terima sumbangan RM350 seorang

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

PKR tampil tujuh muka baharu, empat calon muda PRN Melaka

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak

Akmal dulu beri AGC dua hari, kini representasi ditolak