Rubio lawat Filipina minggu depan

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) diwakili Setiausaha Negara, Marco Rubio, akan melawat Filipina minggu depan bagi menghadiri mesyuarat ASEAN bersama rakan sejawatannya dari Asia Tenggara.

Lawatan itu berlangsung ketika konflik kembali memuncak dengan Iran, sekali gus memberi tekanan ekonomi kepada sekutu tradisi Washington.

Mengikut jadual, Rubio dijangka menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN di Manila, Filipina bermula Selasa hingga Khamis depan.

Dia pernah menghadiri mesyuarat sama yang berlangsung di Kuala Lumpur tahun lalu.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Tommy Pigott berkata, lawatan itu mencerminkan keutamaan Washington untuk memastikan rantau Indo-Pasifik kekal bebas dan terbuka demi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran rantau itu dan rakyat AS.

Bagi Washington, usaha itu juga bertujuan mengekang pengaruh China yang semakin berkembang di rantau berkenaan.

Sebelum ini, Presiden AS, Donald Trump pernah menyuarakan kritikan keras terhadap China dengan mendakwa Beijing kononnya ada campur tangan secara besar-besaran dalam pilihan raya negara itu pada 2020.

Jabatan Negara AS bagaimanapun tidak mendedahkan jadual penuh lawatan Rubio ke Asia Tenggara.

Pada mesyuarat ASEAN tahun lalu, dia pernah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar China, Wang Yi di luar acara rasmi.

Kedua-dua diplomat itu juga baru-baru ini mengadakan perbincangan menerusi panggilan telefon susulan lawatan Trump ke China pada musim bunga lalu.

Konflik Iran dijangka menjadi antara agenda utama di Manila, memandangkan banyak negara Asia khususnya bukan dalam kalangan pengeluar minyak, terkesan akibat gangguan terhadap laluan perkapalan di Selat Hormuz.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, kira-kira 80 peratus hidrokarbon yang melalui Selat Hormuz dihantar ke negara-negara Asia.

Pada Sidang Kemuncak ASEAN di Cebu pada Mei lalu, pemimpin 11 negara Asia Tenggara turut membincangkan cadangan mewujudkan rizab bahan api Bersama.

Selain itu, Rubio dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Filipina, Ferdinand R Marcos Jr dalam memperkukuh kerjasama antara kedua-dua negara.

Dalam pertemuan itu, antara isu utama akan disentuh membabitkan pertikaian di Laut China Selatan kerana perairan itu menjadi pertikaian beberapa negara anggota ASEAN dan China, dengan insiden membabitkan kapal-kapal di kawasan berkenaan kerap berlaku.

Situasi di Myanmar turut dijangka dibincangkan pada mesyuarat berkenaan supaya langkah yang lebih konkrit dapat dicapai bagi melaksanakan pelan damai untuk menamatkan perang saudara di negara itu.

Myanmar sebahagian besarnya dipinggirkan dalam ASEAN sejak rampasan kuasa tentera pada 2021.

Related Posts

Lapangan terbang utama Jakarta ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau

JAKARTA – Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, dekat sini ditutup sementara hari ini selepas abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau dikesan di kawasan lapangan terbang itu menyebabkan 209 penerbangan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS, Iran perlu kembali ke meja rundingan

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran menghentikan tindakan yang boleh meningkatkan ketegangan serta segera kembali ke meja rundingan. Beliau berkata, peningkatan ketegangan antara kedua-dua…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit