PERKESO saran pekerja kekal sertai LINDUNG 24 Jam walaupun boleh pilih keluar

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menyaran pekerja tempatan supaya terus mencarum dalam Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (LINDUNG 24 Jam) walaupun kerajaan kini membenarkan mereka memilih untuk keluar daripada skim tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, caruman hanya sebanyak 0.75 peratus tetapi mampu memberi perlindungan kewangan sekiranya berlaku kemalangan di luar waktu bekerja.

“Anggaplah ini sebagai pelaburan untuk masa depan anak-anak, isteri dan keluarga. Jangan melihatnya sebagai beban kerana kemalangan tidak berbau,” katanya pada sidang media di Menara PERKESO hari ini.

Beliau berkata, susulan keputusan Jemaah Menteri, PERKESO akan membuka kemudahan opt-out secara dalam talian mulai Isnin ini bagi pekerja tempatan yang memilih untuk tidak menyertai skim berkenaan.

Bagaimanapun, mereka perlu menandatangani Perakuan Pelepasan Liabiliti yang mengesahkan PERKESO dan majikan tidak lagi bertanggungjawab sekiranya berlaku kemalangan, kecederaan atau kematian di luar waktu bekerja.

Menurut beliau, pekerja masih boleh menyertai semula skim tersebut pada bila-bila masa, namun perlindungan hanya bermula selepas caruman diaktifkan semula.

Mohammed Azman berkata, LINDUNG 24 Jam menawarkan pelbagai manfaat termasuk gantian pendapatan, rawatan perubatan, faedah hilang upaya serta perlindungan kepada waris sekiranya pencarum meninggal dunia akibat kemalangan bukan bencana kerja.

Sehingga 9 Julai, skim itu telah disertai 207,000 majikan melibatkan 2.27 juta pekerja dengan kutipan caruman sebanyak RM58 juta, manakala sebanyak 1,056 tuntutan direkodkan sejak pelaksanaannya bermula pada 1 Jun lalu.

Beliau berkata PERKESO akan memantau trend penyertaan dan tuntutan selepas skim itu dijadikan pilihan sebelum mengemukakan cadangan penambahbaikan kepada kerajaan menjelang akhir tahun ini.

Related Posts

Tular tambang ECRL 2027, MRL tegaskan kadar belum dimuktamadkan

KUALA LUMPUR – Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) memaklumkan kadar tambang perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) masih belum dimuktamadkan dan sebarang maklumat yang tular kini adalah tidak tepat.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

KOTA KINABALU – Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) bakal diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), Kota Kinabalu, pada Jumaat ini, 11 September. Menteri di Jabatan Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Guna mata pukat kurang 38 milimeter, vesel pukat tunda ditahan

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

Penjawat awam diingatkan tidak sambil lewa, terus tingkat keberkesanan – PM

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

SWCS rayu KPDN pertimbang kelayakan subsidi bahan api kenderaan kebajikan

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

Keharmonian muafakat Jemaah Menteri di tahap baik – PMX

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

RM454 juta memang rekod, tetapi jangan hilangkan RM1.9 bilion daripada cerita

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026

Malaysia atasi banyak negara maju, ketiga terbaik dunia untuk didiami pada 2026