Nilai ringgit kembali meningkat berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis berikutan nilai dolar AS menyusut selepas minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) negara itu dikeluarkan.

Pada 8 pagi, unit tempatan mengukuh kepada 4.0730/0800 berbanding dolar AS daripada 4.0750/0800 semasa ditutup pada Rabu.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, Indeks Dolar AS (DXY) menyusut sedikit selepas minit mesyuarat FOMC dikeluarkan, yang menunjukkan pegawai Rizab Persekutuan (Fed) masih berbeza pandangan mengenai hala tuju kadar faedah pada masa depan.

“Minit mesyuarat itu jelas menunjukkan wujud perbezaan pandangan yang lebih ketara dalam kalangan pegawai Fed mengenai hala tuju kadar faedah pada masa depan, dengan perbincangan tertumpu sama ada untuk mengekalkan kadar faedah tanpa perubahan atau menaikkannya.

“Fed tidak lagi mempertimbangkan kemungkinan untuk menurunkan kadar faedah. Sebaliknya, kalangan pegawainya sedang membincangkan sama ada kadar semasa perlu dikekalkan atau dinaikkan, sekali gus mencerminkan tumpuan mereka yang berterusan terhadap usaha mengekang inflasi,” katanya.

Mohd Afzanizam berkata, beberapa pegawai Fed berpandangan bahawa kadar dana persekutuan semasa iaitu 3.50 peratus hingga 3.75 peratus telah berada pada paras yang ketat atau terbatas.

“Sehubungan itu, dolar AS lemah, sekali gus memberi ruang kepada mata wang Asia termasuk ringgit untuk mengukuh hari ini,” katanya.

Beliau berkata, pelabur juga akan memberi tumpuan kepada keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijadual diumumkan hari ini, dengan Kadar Dasar Semalaman (OPR) dijangka dikekalkan pada 2.75 peratus.

“Apa yang lebih penting, pasaran akan menunggu penilaian terkini BNM mengenai ekonomi dalam persekitaran ketidaktentuan yang semakin meningkat di Asia Barat,” katanya.

Related Posts

Laluan antarabangsa Kuala Perlis-Satun kukuhkan agenda MADANI rentas sempadan

KUALA PERLIS – Pembukaan semula laluan feri antarabangsa Kuala Perlis-Satun bermula hari ini dilihat selari dengan aspirasi kerajaan MADANI dalam memperkukuh hubungan serantau, merancakkan ekonomi setempat serta memperluas jaringan pelancongan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan lancar PKPS e-Invois hingga 2027, bantu PMKS kurangkan kos pematuhan

CYBERJAYA – Kerajaan memperkenalkan Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) e-Invois berkuat kuasa serta-merta hingga 31 Disember 2027 sebagai langkah tambahan untuk mengurangkan kos pematuhan perniagaan, khususnya melibatkan perusahaan mikro, kecil…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya