Suspek kes tikam pelajar di Banting beri alasan tidak puas hati, dakwa dibuli

Shah Alam – Suspek yang menikam seorang pelajar perempuan di sekolah di Banting dekat sini pada Isnin lalu memberi alasan tidak berpuas hati dan memendam rasa selepas mendakwa dibuli.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, hasil keterangan beberapa individu termasuk 10 senarai nama pelajar yang tular di media sosial setakat ini mendapati tidak menjurus ke arah perbuatan buli.

Katanya, siasatan secara menyeluruh masih lagi berlangsung dan belum selesai. Pihak polis meminta masyarakat memberi ruang kepada pegawai penyiasat untuk menjalankan siasatan sepenuhnya.

“Namun begitu hasil siasatan awal pada peringkat ini kita mendapati, alasan yang diberikan oleh suspek adalah rasa tidak puas hati, boleh dikatakan memendam perasaan suspek terhadap beberapa rakan sekolah yang didakwa membuli suspek.

“Namun, hasil keterangan-keterangan yang diperoleh setakat ini tidak menjurus kepada berlaku kejadian buli,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontingen Selangor, di sini hari ini.

Menurut Shazeli, aspek penggunaan media sosial yang mungkin mempengaruhi minda dan kelakuan suspek juga sedang disiasat.

“Kami juga melihat kepada aspek penggunan media sosial dikatakan mempengaruhi minda dan tindakan… apa jenis media sosial tidak boleh didedahkan,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan suspek katanya, siasatan mendapati suspek dikatakan berdepan dengan isu tekanan dan mungkin masalah keluarga yang sedang dalam penilaian pakar kaunseling.

“Polis juga mengesahkan menerima satu kad Orang Kelainan Upaya (OKU) dengan kategori Autisme di atas nama suspek dan sudah kira-kira lapan bulan tidak hadir ke sekolah dan menjalani ‘home schooling’ (masalah kesihatan) kerana masalah kesihatan,” katanya.

Jelasnya, siasatan pihaknya juga mendapati, suspek dipercayai menggunakan peluang memasuki kawasan sekolah ketika pintu pagar dibuka dan menafikan kelemahan pihak sekolah.

“Senjata tajam diperoleh adalah melalui pembelian secara dalam talian. Senjata itu diletakkan di dalam beg galas dan masuk ke kawasan sekolah melalui pintu pagar yang terbuka,” katanya.

Pada masa sama tambahnya, pelajar perempuan yang menjadi mangsa tikaman berada dalam keadaan stabil, masih menerima rawatan di hospital, dan dalam proses pemulihan.

“Angka kesan tikaman belum dapat diberikan, polis sedang tunggu laporan perbuatan rasmi… kita tidak membuat teka-teki berapa jumlahnya,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan pelajar perempuan Tingkatan Tiga cedera akibat ditikam di sebuah sekolah di Kuala Langat, Selangor.

Suspek yang juga remaja perempuan ditahan pada hari sama dan direman selama empat hari bermula Selasa lalu.

Sumber: Harian Metro

Related Posts

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

BEKAS Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu berhubung kesalahan di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

KUALA LUMPUR – Kerajaan sedang memperhalusi cadangan Rang Undang-Undang (RUU) Pendanaan Politik dan menjangka ia dibentangkan pada sidang Parlimen tahun depan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar