Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

JOHOR BAHRU – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara hari ini berjalan lancar dengan 33 peratus daripada keseluruhan pengundi awal keluar menunaikan tanggungjawab setakat jam 10 pagi.

Seramai 729 pegawai dan anggota polis layak mengundi di pusat pengundian awal berkenaan yang dibuka pada jam 8 pagi.

Tinjauan The Malaysia Press (TMP) mendapati proses pengundian berlangsung dalam keadaan teratur dan terkawal meskipun cuaca hujan renyai sejak awal pagi.

Pegawai dan anggota polis hadir secara berperingkat bagi menunaikan tanggungjawab mereka tanpa menjejaskan kelancaran proses pengundian.

Pusat pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara dijadualkan ditutup pada jam 5 petang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian awal PRN Johor hari ini membabitkan 64 pusat mengundi awal untuk anggota polis, tentera serta pasangan mereka yang layak, manakala hari pengundian ditetapkan pada 11 Julai. 

PRN Johor kali ini menyaksikan pengundian di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memilih kerajaan negeri untuk tempoh lima tahun akan datang.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Residen Miri sahkan lima mangsa nahas helikopter perkhidmatan doktor udara maut

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Abdul Azeez didakwa di Mahkamah Sesyen esok

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Tekong, awak-awak terjun lumpur tinggalkan 8 PATI

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Ismail nafi Zahid usaha jatuhkan Tuanku Muhriz

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

Geng Man Kuda tumpas, 14 kes samun dan curi kenderaan terbongkar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar

PM Anwar mahu ketua jabatan, agensi kerajaan turun padang pastikan projek lancar